Friday, August 28, 2009

Kenangan di SAMTEN


Thursday, August 27, 2009

Terima Kaseh 2 Muslim

Bukan harga yg dinilai tetapi ingatan kenangan manis bersama...
berkasih sayang hanya kerana Allah...
Ukhwah berkekalan...
Kenangan Terindah...
Aksi Candid huhu...cheeese...
Pelajar 2 Muslim SAMTEN (Female)
Pelajar 2 Muslim SAMTEN (Male)
Kenangan dengan pelajarku...(Hariz dan Zul)

Pada tanggal 15hb Ogos Tahun 2009...tarikh yang tak mungkin aku lupakan...tarikh nostalgia...aku di raikan oleh murid-murid ku ting 2 Muslim...SAMTEN....i love u all...tq so much...segala adalah kenangan terindah buat ku...walaupun aku agak lewat sampai kerana lokasinya teramat jauh dan tak pernah pergi ke situ...namun alhamdulillah segala berjalan lancar...terima kasih tuhan...

Ini ungkapan cikgu buat kamu semua....

Cikgu sayang kamu....
Terima kasih atas segalanya...

Semoga ukhwah kita kekal insya allah...

Selepas Tanggal 10 Julai

Hadiah dari kakak....TQ my sister...
Saat bergelar GRADUAN...
Bersama IBU tercinta...I LOVE U MUM...
Saat di Hari Konvokesyen UM

Alhamdulillah...

Setelah menjalani latihan mengajar selama 2 bulan 2 minggu di SAMTEN, akhirnya kini aku tamat jua dalam menjalani kursus terakhir untuk mendapatkan segulung ijazah pendidikan. Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan bantuan, rahmat dan pertolongan dari-Nya segalanya berjalan lancar.

"Wahail tuhan yang membolak-balik kan hati manusia..." Alhamdulillah hampir semua murid aku dapat menerima aku SEADANYA. Aku redha dengan segala ketentuan Ilahi dalam segala urusan. Padaku....jika ada rezeki di izinkan Allah...Insya Allah kami akan bersua di masa akan datang. Mungkin di dunia atau akhirat.

Aku mula mengajar kelas tusyen English form 2, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan izin dari Allah aku dapat cover hampir semua tajuk...Inilah sedikit sumbangan yang mampu aku berikan kepada anak bangsa dan saudara seagama ku...Ilmu pengetahuan...walaupun kdg kala aku terasa hati, makan hati dengan muridku....ku doakan semoga mereka semua diberi hidayah...Allah jua laaah sebaik-baik pemberi hidayah...Ada juga murid yg memberikan aku semangat untuk terus belajar dan mengajar demi kerana Allah....terima kasih semua muridku (pelajar SAMTEN).

Hidup ini diteruskan dengan kesibukan menjelang hari konvokesyen pada tanggal 12hb Ogos 2009. Pada awal pagi hujan turun dengan sangat lebat. Aku resah dan bimbang jika berlaku kesesatan lalulintas. Seawal jam 5 pagi aku bangun dan bersiap untuk menghadiri majlis adat istiadat konvokesyen UM. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Raja Nazrin memberikan aku skroll. Berdentum gemuruh ketika naik pentas. Aku bertemu dengan semua rakan sambil bergambar dan berkongsi cerita perkembangan diri masing-masing. Seronok sangat.

Setelah itu, sesi pengambilan fotografi...waaah da mcm artis...seronok...sekalipun pakai jubah dengan kot dan baju dah sampai 5 lapis...terasa berat...tp gigih sarung jua...sekali sahaja seumur hidup...huhu...bergambar dgn ibu, ayah, kakak, abg ipar dan anak saudara... Tidak lama kemudian aku memulangkan jubah hehe tp sebelum tu sempat lagi bergambar dgn kawan2 yang dah hampir 2 bulan tak jumpa...ala-ala cam kenangan reunion...huhu...

Kini selesai segalanya, aku terima pelbagai tawaran kerja tetapi...semua terlalu jauh...gimana ya?mau atau enggak...aku lebih mengutamakan lokasi kerana tak mahu berjauhan dengan ibu...Kini aku sedang menunggu jawapan dari MARA, KPM dan MAIWP. Tawaran guru ganti di SAMTEN aku terpaksa tolak kerana tak mampu nak mengajar di bulan ramadhan yg panas dan hujan tak menentu...Aku yakin Allah sebaik-baik pemberi rezeki....biarlah...

Kini aku berehat sahaja di rumah sambil membantu ibu...dan melakukan kerja2 (partime) yang aku mampu...mudahan Allah memberkati segala keberkatan kehidupan ku, amalanku, pekerjaan ku....demi mencari redha Allah dan kerjaya di dunia... Sebaik-baik manusia adalah mereka yang beribadat seolah-olah mati esok hari dan bekerja seolah-olah hidup 1000 tahun akan dtg...

Maafkan cikgu...wahai semua murid ckgu di SAMTEN...cikgu betul2 minta maaf tak dapat nak mengajar kamu dan terima jawatan sebagai guru ganti kerana masalah-masalah kesihatan, kemampuan dan byk lagi...Insya Allah...ada rezeki kita jumpa lagi...cikgu doakan kamu semua berjaya dalam hidup...doakan kejayaan bersama....salam ukhwah fillah.... remember....everythings we do just for the sake of ALLAH...

Sunday, August 2, 2009

Kenangan Hari Sukan di SAMTEN

Cikgu Iewan

Cikgu Haniah


Cikgu Iewan - Cikgu Diana - Cikgu ??? (tak ingat hehehe)

Cikgu Norjan & Cikgu Nahari


Influenza A(H1N1) : Panduan Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.

Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.

Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup) bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

  1. Amalkan adab batuk yang baik
    Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  1. Tingkatkan penjagaan kebersihan diri
    Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut :
    • Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
    • Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
    • Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh, dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.
  1. Jangan kongsi peralatan peribadi
    Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dengan sabun dan air.
  1. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
    • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
    • Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
    • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1) meter untuk menggelakkan jangkitan.
    • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan kerap mencuci tangan.

Influenza A(H1N1) : Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

  1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
  2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
  3. Sakit dada berterusan
  4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
  5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
  6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
  7. Rasa pening apabila berdiri
  8. Kurang kencing

Cegah influenza A(H1N1) Amalkan mencuci tangan dengan betul

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun

  1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
  2. Gosok kedua-dua tapak tangan
  3. Gosok setiap jari dan celah jari
  4. Gosok kuku di tapak tangan
  5. Gosok belakang tangan dan celah jari
  6. Cuci tangan dengan air bersih
  7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

  1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
  2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
  3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
  4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari

Amalkan Mencuci Tangan:

  • Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
  • Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
  • Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
  • Bila-bila masa tangan anda kotor

Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan
tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan
tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan
tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan
tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan
tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan
tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai
beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat ;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan eseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.