Tuesday, April 28, 2009

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Seimbang Dunia Dan Akhirat
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memperberat-beratkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.”
(Bukhari)

Huraian
Tujuan ibadah adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Konsep ibadah terbahagi kepada 2 kategori iaitu ibadah khusus (seperti sembahyang, puasa, haji) dan ibadah umum iaitu setiap gerak geri, tindakan dan pekerjaan yang diniatkan kerana Allah). Syarat diterima sesuatu ibadah itu bergantung pada tiga perkara iaitu; Islam, ikhlas dan ittiba’ (dilakukan sesuai dengan perintah Allah SWT dan mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw). Dalam erti kata bahawa sesuatu ibadah itu hendaklah dikerjakan sebaik mungkin (menepati kehendak syarak) tanpa melebih-lebihkannya. Malah apa yang dimaksudkan dalam hadith di atas sebagai ‘dikalahkan oleh agama’ ialah keadaan seseorang yang menjadi lemah lantaran terlalu kuat mengerjakan ibadah hingga lupa menguruskan keperluan dirinya seperti mencarai nafkah menyara hidup ahli keluarga dan sebagainya. Perkara ini ternyata amat bertentangan dengan kehendak Islam kerana Islam juga menyuruh manusia agar berusaha gigih untuk mencari penghidupan yang baik di dunia dan bukan menumpukan segala usaha untuk bekalan akhirat semata hingga melupakan dunia sewenang-wenangnya sedangkan dunia adalah jambatan ke akhirat. Oleh itu manusia mestilah bijak menyeimbangkan antara keperluan dunia dan akhirat agar tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.

50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK

1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

oleh : Mohamad, D. H. (2008) Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Saturday, April 11, 2009

Pesan Imam Al-Ghazali kepada muridnya

Sebelum memperkatakan sesuatu,
renungkan nasihat ini dari Riwayat Imam Al-Ghazali
tentang persoalan HIDUP dan MATI :


ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

~ Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.

Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

~ Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.

Tetapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.

~ Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.

Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

~ Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.

~ Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

~ Lalu pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Renungkanlah...

Kisah Tauladan

Fitnah terhadap wanita muslimah


Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Dijadikan cerita, keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat, tetapi wanita (tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.

Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu, wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji. Wanita (tukang memandikan mayat) itu berkata, "kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"

Astaghfirullahhalazim, tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya. Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal. Orang-orang yang berada di luar yang sedang menunggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.

Setelah pihak keluarga menyusul, barulah mereka tahu apa yang terjadi. Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' di Madinah. Ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dipotong dan ditanam bersama mayat tersebut. Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dipotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.

Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut, samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu. Setelah keputusan ini tidak dapat dibuat, mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.

Selepas mendengar cerita itu, Imam Malik r.a. terus datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta diberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab. Ia bertanya kepada juru mandi itu (dari bilik hijab), "katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini? "Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal, "Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"

Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat, "Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat. Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala, menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang. Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan. Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat...". Setelah hukuman itu dijalankan, barulah kedua tangan wanita itu terlepas dengan sendirinya!

Ambilah pengajaran dari cerita ini...
Jangan sesekali kita memfitnah saudara sesama muslim ia sangat dibenci Allah...

CIRI SEORANG GURU YANG BAIK DAN KEUTAMAANNYA

* Guru adalah ikutan dalam kebaikan bagi pelajar-pelajarnya, uswah hasanah (contoh teladan) bagi murid-muridnya dan yang sentiasa mencintai dan menjaga mereka.

* Memberi penjelasan yang dimengerti ke atas ilmu yang diajarkannya, berusaha sekuatnya untuk memberikan manfaat yang banyak kepada murid-muridnya dan meningkatkan kemampuan mereka dalam menerima ilmu dan pengetahuan.

* Guru tidak memiliki sifat kasar, berkata-kata kasar, pemarah dan kedekut terhadap murid-muridnya, bahkan dia adalah seorang yang penyayang dan pemeersatu murid-muridnya.

* Terampil dalam bidangnya, memiliki keistimewaan dalam ilmunya, mengetahui dan menguasai asas-asas perbahasannya.

* Banyak membaca dan mengkaji suatu permasalahan, sebagai sumber pengetahuan, mengetahui tamadun dan kebudayaan dalam lingkungannya permasalahan-permasalahan asas umatnya.

* Sentiasa menyedari apa yang dikatakannya, dapat menyentuh perasaan dan akal fikiran murid-muridnya, bersemangat dalam menyampaikan dan mengungkapkannya, jauh dari sikap dingin ataupun kasar.

* Sentiasa bekerja dengan teliti, tepat pada waktunya, rapi dan teratur dalam bekerja.

* Sikapnya jauh dari syubhat dan hal-hal yang meragukan, meninggalkan sifat-sifat yang tercela dan menghiasi perilakunya dengan akhlak yang mulia.

* Tidak berlebih-lebihan dalam bersenda gurau dan menjauhi perkataan-perkataan yang tidak baik, bahkan seorang guru adalah orang yang lemah lembut bicaranya, manis tutur katanya dan sentiasa jujur.

Petikan:

Menyingkap Rahsia Kejayaan karya Dr Aidh Abdullah al-Qarni

SAMA LAH KITA BERUBAH MENJADI SEBAIK MUNGKIN... wink