Monday, April 12, 2010

Cara Berwudhu' Dengan Sempurna

WUDHUK SEMPURNA : iaitu mengambil wudhuk dengan rukun dan sunat yang dilakukan secara sempurna syarat dan tertibnya.

Bila ingin berwudhuk lebih sempurna, yakni sempurna lahiriah dan sempurna pula ‎dalam ganjaran, maka kerjakanlah tabahan-tambahannya dengan cara sebagai ‎berikut:‎

SYARAT-SYARAT

‎1. Mulailah dengan mengucapkan Basmalah dan doa.‎

‎2. Berusaha menghadaplah ke arah kiblat

‎3. Usahakanlah berwudhu' dengan tidak meminta bantuan orang lain, seperti ‎menimba, dan sebagainya.‎

‎4. Bersihkan semua anggota wudhuk daripada segala kotoran dan najis. ‎Pastikan anggota wudhuk bebas daripada perkara yang menghalang air dari ‎sampai kepada kulit.‎

‎5. Mulailah dengan anggota wudhuk yang sebelah kanan.‎

‎6. Ulangilah masing-masing sampai tiga kali (3X).‎

‎7. Ratakanlah air hingga membasahi seluruh anggota wudhu'‎

CARA BERWUDHUK

Berdoalah sebelum memulakan wudhuk.


Maksudnya: "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Aku berlindung dengan engkau daripada gangguan Syaitan dan aku berlindung dengan engkau daripada kedatangan syaitan itu.

‎1. Basuhlah jari-jari tangan dengan menyelat-nyelatinya. Dan bagi jari yang ‎bercincin, jam atau perhiasan yang dipakai di jari-jari lainnya, bukalah perhiasan ‎tersebut agar air dapat merata membasahi seluruh jari-jari.‎

‎2. Baca doa semasa membasuh tangan.

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon kepadamu kebahagiaan dan keberkatan dan aku berlindung denganMu daripada kecelakaan dan kebinasaan".

‎3. Berkumur-kumur. Gosoklah gigi untuk menghilangkan sisa makanan dan bau ‎mulut yang kurang sedap. Samada menggunakan kayu sugi, berus gigi atau ‎sekurang-kurangnya dengan jari.‎ Sambil berdoa;


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, tolonglah aku untuk membaca kitabMu dan memperbanyakkan zikir padaMu. Dan tetapkan aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat.

‎4. Masukkanlah air ke dalam hidung, lalu keluarkanlah kembali (istinsyaq). ‎Sambil berdoa;


(Allahumma aujidlii ra'ihatal jannati wa anta 'anni raadhin)

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku, berikanlah bagiku bau-bauan syurga dan Engkau meredhaiku".
Doa ketika mengeluarkan air dari hidung ketika berwudhu'.

Maksudnya:"Aku berlindung dengan Engkau daripada bau-bauan neraka dan daripada buruknya tempat tinggal di sana".

‎5. Mulakan dengan membasuh muka sambil berniat mengambil wudhuk, atau ‎mengangkat hadas. Basuh muka dengan meratakan air keseluruh muka yang ‎kelihatan, bermula dari gigi anak rambut hingga bawah dagu.Sebaik-baiknya gunakan kedua-dua telapak tangan Sambil berniat;


‎(Nawaitul wudu’a liraf’il hadasil asgari farda lillahi ta’ala.) ‎

Ertinya: “Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil fardu/wajib kerana Allah ‎Taala.”‎
Doa ketika membasuh muka selepas berniat;


Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku serikanlah mukaku dengan nurMu pada hari di mana segala muka wali engkau putih berseri. Janganlah Engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan Engkau pada hari di mana segala muka-muka musuhmu akan menjadi hitam".

‎6. Basuh kedua tangan hingga melepasi siku sambil berdoa, dimulakan yang kanan; Doa ketika membasuh tangan kanan hingga kesiku dalam berwudhu'.


Maksudnya: "Ya Tuhanku, berikanlah sukatan amalku dengan tangan kananku dan hisabkanlah amalku dengan cara yang mudah".

Doa ketika membasuh tangan kiri


(Allahumma inni a'udzubika an tu'tinii kitaabi bisyimaalii au min waraa'i zahri)

Maksudnya: "Ya Tuhanku sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada engkau memberikan surat amalku dari tangan kiriku atau dari sebelah belakangku.

‎7. Basuh kepala (rambut). Ketika menyapu kepala, ratakan seluruhnya (letakkan ‎ibu jari samping kiri dan kanan kepala, lalu putarlah telapak tangan dari depan ke ‎belakang, kemudian kembali ke depan (cukup sekali) dengan menyapu ekor cicak dengan ibu jari kedua-dua belah tangan serentak. Sebaik-baik cara adalah dengan menggunakan kedua-dua telapak tangan sambil berdoanya sebagaimana berikut;‎

(Allahumma Harrim sya'ri wa basyyirii minan naar)

Ertinya: "Ya Allah, harmkanlah rambutku dan kulitku daripada kepanasan api neraka".

‎8. Basuhlah telinga dengan memasukkan telunjuk kedalam 2 lubang pada setiap ‎telinga, ibu jari diletak dibelakang telinga untuk menyapu keseluruhan belakang ‎telinga. Sambil itu bacalah doa;‎




(Allahummaj 'alnii minal ladziina yastami'uunal qaula fayattabi'uuna ahsanahu)

Ertinya:"Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah diriku ini sebagai orang-orang yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya".

‎9. Basuh kedua kaki hingga melepasi buku lali. Gosoklah celah-celah jari agar ‎semua tempat diratai dengan air.‎ Sambil membaca doa berikut;


(Allahumma innii a'udzubika 'an tazilla qadamii 'alas siraati mustaqiimi ma'a aqdaami ibadikal munafiqiin )

Ertinya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku minta berlindung dengan Engkau daripada tergelincirnya kakiku di atas titian siratal mustaqim kedalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafiq".

‎10. Bila selesai berwudhu', hadapkan muka ke arah kiblat dan berdoalah dengan ‎membaca:‎


‎(Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lahu wa asyhadu anna ‎muhammadan ‘abduhu warasuluhu. Allahummaj’alni minat tawwabina, waj’alni ‎minal mutatahhirina waj’alni min ‘ibadikas-salihina).‎

Ertinya: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang ‎menyekutukan bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa nabi Muhammad adalah ‎hamba-Nya dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan orang yang ‎bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang-orang yang disucikan dan ‎jadikanlah aku dari kalangan hambaMu yang soleh.”.‎

‎11. Lakukanlah Solat Sunnat Wudhu' dua raka'at.‎


HIKMAH WUDHU’‎

Dengan wudhuk yang sempurna akan membawa kekhusyukan dalam solat seseorang dan menghindarinya daripada gangguan syaitan.

Wudhuk sempurna juga dapat mengelak daripada mudah terbatal wudhuk apabila disentuh dari belakang oleh wanita muslimah yang halal dinikahi. Ini bermakna bagi jemaah haji yang mengerjakan ibadah haji di makkah amat dituntut untuk melakukan wudhuk yang sempurna terutama ketika menunaikan solat dan melakukan tawaf.

Wudhuk yang sempurna akan menggugurkan dosa-dosa kecil, sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang berwudhuk dan ‎dalam melakukan wudhuknya itu dia berserah semata-mata hanya kepada Allah, lalu dia ‎pula mematuhi segala rukun tertibnya yang betul, maka nescaya akan keluarlah segala ‎dosa-dosanya daripada seluruh jasad hatta sekalipun dosa yang ada tersangkut pada celah ‎kukunya pun akan mengalir jatuh bersama air wudhuk itu.” (HR Muslim dan An-Nasai) ‎

Tidak dinafikan cabaran bagi kita untuk bangun pagi dan berwudhuk bagi menunaikan ‎solat Subuh kerana lebih enak meneruskan tidur tetapi Nabi Muhammad saw bersabda ‎yang bermaksud, “Barang siapa yang berwudhuk dengan cara sempurna di awal pagi yang ‎dingin maka pahala baginya dua kali ganda.” (HR At-Tabrani)‎

Hadis sahih juga menerangkan bahawa kebiasaan mengambil wudhuk pada tiap hari lima ‎kali (kerana keperluan untuk solat lima waktu untuk sehari semalam) mempunyai ‎manfaat yang baik dari segi kesihatan.‎

Berwudhuk secara tidak langsung membantu kita membersihkan seluruh anggota ‎terpenting seperti muka, kedua tangan, pertengahan kepala, kedua telinga serta kedua ‎kaki daripada segala kekotoran yang tidak disangkakan.‎

Lantaran itu, daripada penglihatan fizikalnya, orang yang rajin serta tekun menunaikan ‎solat secara tetap dan berkekalan akan kelihatan bersih berseri wajah, anggota tangan dan ‎kakinya. Ini bertepatan sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud, “Sesungguhnya ‎perumpamaan bagi mereka yang sering kali berwuduk dan menunaikan solat itu ialah ‎seperti seseorang yang mandi lima kali sehari di sebatang anak sungai, maka sudah ‎barang tentu badannya akan bersih dan suci sepanjang waktu.”‎

Diriwayatkan daripada Saidina Umar al-Khattab, aku pernah mendengar Nabi ‎Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa di antara kamu yang ‎berwudhuk lalu selepas memperlengkapkan wudhuknya dia mengucap dua kalimah ‎syahadah pula, maka di akhirat nanti akan dibukakan lapan pintu syurga lalu malaikat ‎akan mengiringnya masuk daripada mana-mana saja pintu yang dikehendakinya.”‎

Saidina Abu Bakar seorang khalifah Islam yang terbilang pernah ditanya seseorang ‎mengenai perbuatannya mengambil wudhuk pada saat akan menunggangi unta, lalu ‎Saidina Abu Bakar menjawab, “Dengan berwudhuk ketika akan melakukan perjalanan, ‎dengan izin Allah swt kita akan terhindar daripada sebarang musibah dan kemalangan.” ‎Banyak riwayat serta hadis yang menerangkan betapa besarnya fadilat dan keberkatan ‎wudhuk, sehingga kita perlu mengakui pentingnya mengekalkan wudhuk dan tidak hanya ‎menjadikannya kewajipan untuk menunaikan solat.‎

.: ISTIQAMAH :.

ISTIQAMAH: (استقامة ) Satu perkataan yang berasal dari bahasa Arab, asalnya dari ‎perkataan Qaama, atau qiam yang bermaksud berdiri dengan tegap (Perlu ‎kepada kajian) Bagi seseorang hamba yang mencari syurga Allah s.w.t. maka dia ‎sewajibnya melakukan amal ibadat dengan istiqamah atau dalam bahasa harian ‎disebut sebagai konsistan.

Sebagai contoh, setiap waktu dilakukan solat fardhu ‎secara berjamaah, datang ke masjid lebih awal untuk melakukan solat tahiyyatul ‎masjid, beriktikaf, menjawab azan, solat sunat sebelum solat fardhu, kemudian ‎solat fardhu secara berjamaah sambil berusaha untuk khusyuk dari awal hingga ‎akhir, kemudian mengaminkan doa imam, atau meneruskan berada di masjid ‎untuk mendengar kuliah maghrib atau subuh, kemudian duduk seketika sambil ‎berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah azzawajalla.

Sebelum pulang ‎tunaikanlah dahulu solat sunat selepas solat fardhu. Jika dilakukan begitu setiap ‎waktu, setiap hari sehingga bertahun-tahun, perbuatan itu dinamakan istiqamah. ‎Dalam kehidupan sesorang insan yang bergelar hamba Allah s.w.t. seharusnya ‎dilunsuri perjalanan hidupnya dengan falsafah atau prinsip yang tertentu. ‎Panduan hidup tadi tidak boleh lari daripada falsafah yang sejajar dengan ‎kehendak Allah s.w.t. Jika seseorang insan melangsungkan perjalanan hidupnya ‎dengan falsafah ini, ianya tidak akan gagal, tidak akan kecewa, tidak akan keluh ‎kesah, tidak akan gelisah, tidak akan rasa tertekan (stress), tidak akan bermuram ‎durja, tidak akan dikhianati atau didengki oleh orang lain, tidak akan rasa duka, ‎tidak akan putus asa, tidak akan rasa berdosa dan tidak akan tergelincir dari ‎jalan kebenaran, iaitu jalan Islam.

Istiqamah hendaklah ada dalam setiap ‎pekerjaan, amalan hidup, jalan menuntut ilmu, amal ibadah dan sebagainya. ‎Istiqamah jika dipecahkan setiap ejaannya, akan terungkap suatu frasa yang ‎menarik untuk direnungi dan diikuti.

• IKHTIAR/USAHA ‎
• SABAR/SETIA ‎
• TAWAKKAL ‎
• IKHLAS/BERSERAH ‎
• QANA’AH/PUAS HATI ‎
• AMANAH/JUJUR ‎
• MUJAHADAH/BERSUNGGUH-SUNGGUH ‎
• AMAL JARIAH
• HARAP

HURAIAN ISTIQAMAH

• IKHTIAR Iaitu berusaha dengan bersungguh-sungguh apabila ‎melakukan sesuatu pekerjaan atau menuntut ilmu pengetahuan.

• SABAR Melakukan sesuatu juga hendaklah dengan penuh sabar, segala ‎susah, payah, kerumitan dan sebagainya hendaklah ditempuhi dengan ‎sabar, jangan sesekali cepat mengalah.

• TAWAKKAL ( توكل) Setelah berusaha dan berikhtiar dengan sesungguhnya, dan ‎menghadapi kerenah, mehnah dan tribulasi dengan penuh sabar, maka ‎langkah seterusnya hendaklah diserahkan kepada Allah Yang Maha Kuasa ‎yang akan menentukan hasil natijahnya.

• IKHLAS (إخلاص ) Apabila melakukan sesuatu perkara, perasaan ikhlas jangan ‎sekali-kali dikesampingkan. Lakukanlah sesuatu dengan ikhlas kerana ‎Allah, untuk manusia. Sebagai contoh, seorang tukang masak yang ‎profesional akan sentiasa memasak makanan untuk dimakan oleh orang ‎lain dengan penuh ikhlas. Sebab itulah masakannnya menjadi enak dan ‎lazat, walaupun makanan itu hanya dimasak dengan ala kadar sahaja. ‎Keikhlasan akan membuatkan sipelaku merasa gembira dan ‎mengharapkan orang lain yang menerima pekerjaan dan ‎perkhidmatannya juga gembira.

• QANA’AH ( قناعة ) Jika baik yang datang, maka hendaklah diterima dengan ‎tenang dan senanghati, kalau dalam mencari rezeki makan kita semesti ‎mempunyai sifat qanaah, iaitu rasa syukur dan rasa memadai dengan apa ‎yang telah dikurniakan Allah s.w.t kepada kita.

• AMAL JARIAH Jika banyak yang Allah kurniakan kepada kita maka ‎lakukanlah amal jariah, atau membantu orang-orang Islam lain yang lebih ‎memerlukan bantuan, samada harta benda atau kewangan. Agar dengan ‎itu harta yang kita miliki akan terus diberkati Allah s.w.t.

• MUJAHADAH ( مجاهدة ) = Bersungguh-sungguh) Semua perkara yang diatas tadi ‎hendaklah dilakukan dengan penuh mujahadah. Mungkin tidak semua ‎orang mampu melakukannya tanpa mujadahad atau bersungguh-sungguh, ‎samada dalam melakukan amal jariah sekalipun. Ramai orang yang ‎mempunyai harta yang banyak tetapi berat tangan dan perasaan oleh ‎hasutan nafsu syaitan untuk menghulur walau sedikit kepada orang yang ‎amat memerlukan bantuan.

• AMANAH Setiap rezeki yang dikurniakan Allah hendaklah dinilai, dan ‎dijaga dengan punuh amanah, mungkin rezeki itu adalah orang lain yang ‎kita hanya sebagai pemengang amanah sebelum sampai ke tangan orang ‎yang berhak memilikinya.

• HARAP (Dari bahasa arab = رجاء ) Dan akhirnya, kita hendaklah sentiasa ‎mengharapkan kebaikan di atas setiap sesuatu, ikhtiar dan usaha yang ‎dilakukan, tawakkal dan segala amal jariah yang dilakukan semoga Allah ‎meredhainya dengan sebenar-benar keredhaan. Itu adalah harapan yang ‎kita mesti sematkan di dalam doa dan hati masing-masing. ‎