Tuesday, April 28, 2009

HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Seimbang Dunia Dan Akhirat
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Nabi saw. bersabda yang maksudnya:”Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Sesiapa yang memperberat-beratkannya maka dia akan dikalahkan oleh agama. Oleh itu kerjakanlah (agama itu) mengikut sepatutnya atau mendekatinya dengan yang sepatutnya dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala) serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.”
(Bukhari)

Huraian
Tujuan ibadah adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Konsep ibadah terbahagi kepada 2 kategori iaitu ibadah khusus (seperti sembahyang, puasa, haji) dan ibadah umum iaitu setiap gerak geri, tindakan dan pekerjaan yang diniatkan kerana Allah). Syarat diterima sesuatu ibadah itu bergantung pada tiga perkara iaitu; Islam, ikhlas dan ittiba’ (dilakukan sesuai dengan perintah Allah SWT dan mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw). Dalam erti kata bahawa sesuatu ibadah itu hendaklah dikerjakan sebaik mungkin (menepati kehendak syarak) tanpa melebih-lebihkannya. Malah apa yang dimaksudkan dalam hadith di atas sebagai ‘dikalahkan oleh agama’ ialah keadaan seseorang yang menjadi lemah lantaran terlalu kuat mengerjakan ibadah hingga lupa menguruskan keperluan dirinya seperti mencarai nafkah menyara hidup ahli keluarga dan sebagainya. Perkara ini ternyata amat bertentangan dengan kehendak Islam kerana Islam juga menyuruh manusia agar berusaha gigih untuk mencari penghidupan yang baik di dunia dan bukan menumpukan segala usaha untuk bekalan akhirat semata hingga melupakan dunia sewenang-wenangnya sedangkan dunia adalah jambatan ke akhirat. Oleh itu manusia mestilah bijak menyeimbangkan antara keperluan dunia dan akhirat agar tidak termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.

50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK

1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

oleh : Mohamad, D. H. (2008) Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Saturday, April 11, 2009

Pesan Imam Al-Ghazali kepada muridnya

Sebelum memperkatakan sesuatu,
renungkan nasihat ini dari Riwayat Imam Al-Ghazali
tentang persoalan HIDUP dan MATI :


ENAM PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya.

~ Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,
"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.

Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).

~ Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua.
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid -muridnya ada yang menjawab Negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar.

Tetapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.

~ Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.
"Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali.

Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

~ Pertanyaan keempat adalah,
"Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawap batu, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling berat adalah "amanah" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.

~ Pertanyaan yang kelima adalah,
"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan 'Solat'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat.

~ Lalu pertanyaan ke enam adalah,
"Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali,

Tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Renungkanlah...

Kisah Tauladan

Fitnah terhadap wanita muslimah


Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia di Madinah. Dijadikan cerita, keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat, tetapi wanita (tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.

Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu, wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji. Wanita (tukang memandikan mayat) itu berkata, "kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"

Astaghfirullahhalazim, tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya. Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal. Orang-orang yang berada di luar yang sedang menunggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.

Setelah pihak keluarga menyusul, barulah mereka tahu apa yang terjadi. Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' di Madinah. Ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dipotong dan ditanam bersama mayat tersebut. Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dipotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.

Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut, samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu. Setelah keputusan ini tidak dapat dibuat, mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.

Selepas mendengar cerita itu, Imam Malik r.a. terus datang ke tempat kejadian. Lalu beliau minta diberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab. Ia bertanya kepada juru mandi itu (dari bilik hijab), "katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini? "Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal, "Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"

Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat, "Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat. Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala, menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang. Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan. Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat...". Setelah hukuman itu dijalankan, barulah kedua tangan wanita itu terlepas dengan sendirinya!

Ambilah pengajaran dari cerita ini...
Jangan sesekali kita memfitnah saudara sesama muslim ia sangat dibenci Allah...

CIRI SEORANG GURU YANG BAIK DAN KEUTAMAANNYA

* Guru adalah ikutan dalam kebaikan bagi pelajar-pelajarnya, uswah hasanah (contoh teladan) bagi murid-muridnya dan yang sentiasa mencintai dan menjaga mereka.

* Memberi penjelasan yang dimengerti ke atas ilmu yang diajarkannya, berusaha sekuatnya untuk memberikan manfaat yang banyak kepada murid-muridnya dan meningkatkan kemampuan mereka dalam menerima ilmu dan pengetahuan.

* Guru tidak memiliki sifat kasar, berkata-kata kasar, pemarah dan kedekut terhadap murid-muridnya, bahkan dia adalah seorang yang penyayang dan pemeersatu murid-muridnya.

* Terampil dalam bidangnya, memiliki keistimewaan dalam ilmunya, mengetahui dan menguasai asas-asas perbahasannya.

* Banyak membaca dan mengkaji suatu permasalahan, sebagai sumber pengetahuan, mengetahui tamadun dan kebudayaan dalam lingkungannya permasalahan-permasalahan asas umatnya.

* Sentiasa menyedari apa yang dikatakannya, dapat menyentuh perasaan dan akal fikiran murid-muridnya, bersemangat dalam menyampaikan dan mengungkapkannya, jauh dari sikap dingin ataupun kasar.

* Sentiasa bekerja dengan teliti, tepat pada waktunya, rapi dan teratur dalam bekerja.

* Sikapnya jauh dari syubhat dan hal-hal yang meragukan, meninggalkan sifat-sifat yang tercela dan menghiasi perilakunya dengan akhlak yang mulia.

* Tidak berlebih-lebihan dalam bersenda gurau dan menjauhi perkataan-perkataan yang tidak baik, bahkan seorang guru adalah orang yang lemah lembut bicaranya, manis tutur katanya dan sentiasa jujur.

Petikan:

Menyingkap Rahsia Kejayaan karya Dr Aidh Abdullah al-Qarni

SAMA LAH KITA BERUBAH MENJADI SEBAIK MUNGKIN... wink

Sunday, March 22, 2009

RESPON REFLEKSI

REFLEKSI SAYA


Refleksi 1:

Transformasi yang perlu dilalui oleh seorang guru supaya dapat mencapai hasrat negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad 21 adalah seperti berikut :

• Guru mestilah seorang yang kuat dari segi mental, fizikal dan spiritual dalam berdepan dengan masyarakat abad 21.
• Menguasai segala ilmu pengetahuan dan pakar dalam bidang yang diceburi
• Mempunyai softskills yang baik dan berdaya saing serta berfikiran ke hadapan
• Berhemah dan berkeyakinan tinggi
• Berani tanggung risiko dalam mencuba sesuatu pendekatan
• Pendidikan bersepadu dan berintegrasikan islam dengan sains
• Mendidik pelajar dengan adil, bermoral dan rasional


Refleksi 2:

Langkah-langkah yang akan saya lakukan untuk membantu guru-guru lain membudayakan ICT dan manfaatkan perkakasan ICT di sekolah adalah seperti berikut :

1. Mengaplikasikan segala kemudahan ICT yang disediakan oleh pihak sekolah.
2. Menjelaskan kelebihan penggunaan ICT di kalangan guru-guru seperti :
• menjimatkan masa, kos dan tenaga serta
• menarik minat dan perhatian pelajar untuk terus belajar
• memudahkan kerja guru
• mempelbagaikan pengajaran & pembelajaran
• fleksibel
3. Menunjukan cara yang berkesan dalam penggunaan ICT
4. Menjadikan ICT sebagai pusat perkembangan ilmu dan kemahiran melalui aktiviti seperti permainan untuk belajar dan e-learning
5. Menggunakan perkakasan ICT dalam amalan kerja seharian seperti thumbdrive, external hard disk dan projector.
6. Mengadakan seminar atau bengkel penjelasan teknik penggunaan perkakasan ICT di kalangan guru.


Refleksi 3:

1. Ciri-ciri dan kemahiran yang membolehkan saya mengawal proses pembelajaran secara atas talian adalah seperti berikut :

  • Saya dapat berinteraksi secara telus dan langsung dengan pensyarah dan rakan-rakan
  • Memberi peluang kepada saya untuk bertanya dan berkomunikasi serta berkongsi idea tanpa rasa malu
  • Dapat menyuarakan pandangan dan memberi komen membina kepada sahabat lain dalam usaha memperbaiki mutu dan kualiti multimedia yang dihasilkan
  • Dapat mengumpul maklumat dan nota serta pembelajaran lebih terbuka tiada had masa
  • Dapat memperbaiki kemahiran dengan bimbingan dari pensyarah dan rakan-rakan dengan mesej yang diberikan.




2. Bahan atau sumber yang perlu disediakan oleh tutor/pensyarah supaya dapat kawal proses pembelajaran atas talian adalah seperti berikut :

  • Pensyarah mestilah memberikan arahan yang jelas dan ringkas dalam mengendalikan sesuatu pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang seseorang pelajar.
  • Memberi nota yang mudah difahami dan diiringi latihan untuk meningkatkan kemahiran dan menguji sejauh mana kefahaman pelajar dalam proses pembelajaran
  • Nota mestilah boleh di muat turun oleh pelajar tanpa sebarang masalah teknikal
  • Sediakan link yang dianggap mampu menambah pengetahuan sedia ada dan mengukuhkan sesuatu konsep yang baru dipelajari oleh pelajar seperti link cara mudah belajar multimedia
  • Pastikan semua pelajar dapat memahami nota/slide yang diberikan dari segi kandungan dan konsepnya serta bahasa pengantarnya.
  • Jangan mengelirukan pelajar dengan meletakan terlalu banyak sumber dan bahan yang dianggap sebagai tambahan pengetahuan. Sebaik-baiknya pastikan belajar dapat kuasai bahan atau sumber yang asas terlebih dahulu.


3. Perkara yang perlu dibuat oleh seorang guru untuk membantu murid meningkatkan kawalan proses pembelajaran secara atas talian adalah seperti berikut :

  • Pastikan semua murid dapat mengikuti proses pembelajaran secara kondusif dan tanpa sebarang masalah teknikal seperti kekurangan perisian
  • Berikan bimbingan yang bersesuaian dengan latarbelakang pelajar dan tahap pemikiran pelajar
  • Ringkaskan arahan dan jelaskan secara mudah untuk pelajar
  • Elakkan kekeliruan dalam memberi arahan semasa proses pembelajaran
  • Beri kemahiran mengikut kemampuan pelajar jika lemah diberi tumpuan pengukuhan dan jika bijak diberi pengayaan dari segi membantu kawan yang lemah
  • Wujudkan suasana seronok belajar tanpa beri tekanan psikologi dan wujudkan nilai kerjasama, bantu-membantu dan bekerja dalam kumpulan.
  • Elakkan bias dan beri tumpuan secara adil dan saksama
  • Menjadi fasilitator kepada pelajar


Refleksi 4:

1. Pendapat / persepsi saya apabila dikehendaki menyiapkan 1 courseware yang menggabungkan semua elemen multimedia adalah seperti berikut :
• Sangat seronok dan bertepatan dengan objektif kursus
• Inilah masanya saya mengaplikasikan segala kemahiran yang dipelajari dalam kelas untuk menghasilkan sesuatu mengikut kemahiran dan kemampuan saya
• Wujud sikap kerjasama dalam kumpulan dan toleransi
• Menarik dan menguji tahap kemahiran penggunaan ICT
• Pensyarah ingin menguji kemahiran sedia ada saya



2. Pendapat saya adakah projek ini membantu ketika menjalani praktikum ?

Ya, saya sangat bersetuju dengan mengatakan projek ini dapat membantu saya ketika menjalani praktikum di sekolah. Ini adalah kerana saya dapat mempelajari tentang multimedia dan cara mencipta sesuatu bahan berkaitan dengan multimedia. Ini dapat membantu saya menyediakan bahan atau sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk multimedia yang berasakan ICT. Pelajar di zaman sekarang sukakan sesuatu yang baru dan berteknologi. Oleh kerana itu saya memilih untuk mengambil kursus ini dan ingin menggunakan segala kemahiran yang saya perolehi dalam amalan praktikum di sekolah insya Allah. Kesannya pelajar akan sukakan subjek yang saya ajar kerana tidak membosankan.


3. Jika saya menjadi fasilitator / tutor saya akan menukar kaedah penilaian tugasan ini. Ini kerana saya sangat tidak bersetuju jika rakan saya yang menilai dengan memberikan bintang kepada projek yang dibentangkan. Alasannya adalah akan wujud unsur bias dan puak dalam memberikan bintang di kalangan rakan-rakan. Mereka juga tidak mempunyai sebarang autoriti dalam memberikan bintang kerana mereka sendiri tidak pakar dalam pengetahuan ICT. Akan timbul konflik seperti pihak yang dinilai dengan tidak adil. Mereka pasti menilai dengan tidak profesional melibatkan unsur emosi dan merasakan pandangan mereka sahaja yang tepat sedangkan salah lagi nyata.

Cadangan saya supaya pemberian bintang atau penilaian itu diberikan kepada pensyarah/tutor kerana merekalah yang lebih berautoriti dan berkelayakan. Dalam masa yang sama kita tidak pinggirkan rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian saya merasakan wajar penilaian sebanyak 90% adalah dari pensyarah dan 10% sahaja dari rakan-rakan yang melihat pembentangan. Saya akui kadangkala kita perlu melihat pandangan rakan-rakan juga dalam pelbagai sudut.


Refleksi 5 :

Cadangan dan pendapat saya bagi memperbaiki sukatan subjek Multimedia dalam Pendidikan Islam.

Sepanjang mengikuti kursus ini saya amat berpuas hati dan sangat memuaskan dari segi tugasan dan kuliah amat berkaitan dan pensyarah banyak memberi input bagaimana cara untuk meningkatkan lagi kualiti P&P dalam bentuk multimedia. Bimbingan yang baik dan teguran yang membina sangat memuaskan hati saya. Cuma saya rasa sepatutnya pensyarah wajib diberi peluang untuk melihat semula sejauh mana keberkesanan silibus/sukatan subjek dengan pelajar dan mengikut keperluan semasa seperti ketika praktikal di sekolah. Jadi kita dapat tumpukan lebih kemahiran dan konsep kepada pelajar. Penambahbaikan juga dapat diterima demi kebaikan bersama.

DI SEDIAKAN OLEH :

MOHD IERUWAN MOHAMED MOKHTAR
BACHELOR OF ISLAMIC EDUCATION
MAJOR QURAN STUDIES
MINOR ARABIC
UNIVERSITY OF MALAYA