Thursday, March 24, 2011

ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU

TANYALAH DIRI ANDA....
ADAKAH ANDA BERADAB DENGAN GURU ANDA???
TEPUK DADA TANYALAH HATI...
JAWAB DENGAN JUJUR...
BILA HILANG BARAKAH MAKA SIA SIALAH USAHA ANDA...
SAMALAH KITA JAGA ADAB KITA DENGAN GURU MOGA ILMU YANG DIPEROLEHI MENDAPAT BERKAT DAN MANFAAT...
DUNIA AKHIRAT....

1. IKHLAS NIAT –
Kewajipan ke atas setiap musli
m di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL -
Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya :"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.


3. MENJAUHI MAKSIAT –
Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.


4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH -
Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.


5. BANYAKKAN ZIKRULLAH –
Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul ‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.


6. MENJAGA KEHORMATAN-
Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA-
Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra' yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".


8. MENGHORMATI GURU-
Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.


9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI -
Kita mengamalkan segala ilmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampu melaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2 hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

Monday, March 7, 2011

Keistimewaan Pembaca dan Penghafaz Al-Quran

  • Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga.

  • Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :
    "Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).

  • Berada dalam rahmat Allah.

  • Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :
    "Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).

  • Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda.

  • Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. ;katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:
    "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah(al-Quran),maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali.Aku tidak mengatakan bahawa Alif,Lam,Mim itu satu huruf,tetapi Alif itu adalah satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf."(Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)

  • Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah.

  • Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w , dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
    "Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia."Lalu Rasulullah ditanya:"Siapakah mereka itu ahai Rasulullah s.a.w.?"Jawab baginda:"Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."(Riwayat Ahmad,Ibnu Majah,Ad-Darimi,Al-Hakim dan An-Nasaie).

  • Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat.

  • Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya:
    Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Bacalah Al-Quran,sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."(Hadis riwayat muslim)

  • Dipakaikan mahkota pada hari kiamat.

  • Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
    "Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya,Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak.Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia.Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" (Hadis riwayat Abu Daud)

DOA

Selalu diperhatikan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh Allah. Adakah itu tanda doa ditolak?. Sebenarnya, doa manusia yang mencukupi syarat diperkenankan oleh Allah dalam tiga bentuk:


  1. Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
  2. Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberi di hari akhirat.
  3. Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana.
Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : "Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga : samada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya".

Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda itu, mereka lantas berkata : "Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!". Kata baginda : "Demi Allah, banyakkanlah berdoa".(Riwayat Ahmad)

Justeru, manusia selalu tidak menyedari, doanya telah diperkenankan oleh Allah, tetapi dalam bentuk lain. Dia perlu meyakini apa yang ditentukan oleh Allah itulah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan akhirat.

Wednesday, February 9, 2011

Number in Arabic

How we will approach this Topic

Consider the following grouping of numbers and try to become accustomed to this categorization. Notice that there is a lot of division based on putting 1 & 2 into one category, and 3 to 9 in another.

Group

Numbers

A

1, 2

B

3..10

C

11, 12

D

13..19

E

20, 30, 40, 50, 60, 70, 80, 90

F

21, 22, 31, 32, 41, 42, 51, 52, 61, 62, 71, 72, 81, 82, 91, 92

G

23..29, 33..39, 43..49, 53..59, 63..69, 73..79, 83..89, 93..99

H

100, 200, 300, 400, 500, 600, 700, 800, 900

I

1000 onwards

For each of these groups, we want to consider the following:

· How do you construct the number – ordinal and cardinal?

· What is the grammatical gender of the number?

· What is the grammatical case of the number?

· What is the grammatical case of the counted word (by counted word we mean, for example, ‘men’ in the phrase ’22 men’)?

· Is the counted word going to be singular or plural?

Constructing the Numbers

Below are tables describing how we construct the different numbers mentioned. Both cardinals (one, two, three) are included, as well as ordinals (first, second, third).

Note that we can make any of the ones place numbers (as well as the word عشر) feminine simply by adding the تاء of femininity (suffix ة). The only exception is that احد has feminine form اِحْدى. Therefore, only the masculine forms have been shown.

The charts below are quite dense. To ease the learning process, familiarize yourself with this chart below which aims to introduce the core vocabulary of numbers. Most other numbers are simply manipulations of these words.

10

9

8

7

6

5

4

3

عَشَر

تِسْع

ثَمانِي

سَبْع

سِتّ

خَمْس

اَرْبـَع

ثَلاث


2

1

A

Use dual

Use singular

Cardinal

ثاني

واحِد

Ordinal

10

9

8

7

6

5

4

3

B

عَشَْر

تِسْع

ثَماني

سَبْع

سِتّ

خَمْس

أَرْبَع

ثَلاث

Cardinal

عاشِر

تاسِع

ثامِن

سابِع

سادِس

خامِس

رابِع

ثالِث

Ordinal

19

18

17

16

15

14

13

12

11

C, D

تِسْعَ عَشَرَ

ثَمانِي عَشَرَ

سَبْعَ عَشَرَ

سِتَّ عَشَرَ

خَمْسَ عَشَرَ

أَرْبَعَ عَشَرَ

ثَلاثَ عَشَرَ

اِثْنا عَشَرَ

اَحَدَ عَشَرَ

Cardinal

تاسِع عَشَرَ

ثامِن عَشَرَ

سابِع عَشَرَ

سادِس عَشَرَ

خامِس عَشَرَ

رابِع عَشَرَ

ثالِث عَشَرَ

ثاني عَشَرَ

حادي عَشَرَ

Ordinal

90

80

70

60

50

40

30

20

E

تِسْعونَ

ثَمانونَ

سَبْعونَ

سِتّونَ

خَمْسونَ

أَرْبَعونَ

ثَلاثونَ

عِشْرونَ

Cardinal

Ordinal

...

23

22

21

F, G

...

ثلاث وعِشْرونَ

إثنْان وعِشْرونَ

واحِد وعِشْرونَ

Cardinal

...

ثالِث وعِشْرونَ

ثاني وعِشْرونَ

حادي وعِشْرونَ

Ordinal

900

800

700

600

500

400

300

200

100

H

تِسْعمِائة

ثَمانيمِائة

سَبْعمِائة

سِتّمِائة

خَمْسمِائة

اَرْبَعمِائة

ثَلاثمـِائة

مِائَتانِ

مِائة

Cardinal

تاسِع مِائة

ثامِن مِائة

سابِع مِائة

سادِس مِائة

خامِس مِائة

رابِع مِائة

ثالِث مِائة

Ordinal

100,000

...

3,000

2,000

1,000

I

مِائة آلاف

...

ثَلاث آلاف

اَلْفانِ

اَلْف

Cardinal

...

ثالِث آلاف

Ordinal



Examples

a floor

طابق

1st floor

الطابق الواحد

2 floors

طابقان

2nd floor

الطابق الثاني

5 tests

خمسة امتحانات

5th test

الامتحان الخامس

11 pictures

احدى عشرة صورة

11th picture

الصورة الحادية عشرة

18 arrows

ثمانية عشر سهما

18th arrow

السهم الثامن عشر

60 buckets

ستّون دلوا

60th bucket

الدلو الستون

31 cities

واحدة وثلاثون مدينة

31st city

المدينة الحادية والثلاثون

29 regions

تسع وعشرون منطقة

29th region

المنطقة التاسعة والعشرون

300 soldiers

ثلاثمائة عسكريّ

300th soldier

العسكري الثالث مائة

413 thieves

اربعمائة وثلاثة عشر لصا

413th thief

اللص الرابع مائة والثالث عشر

year 1985

سنة الف وتسعمائة وخمس وثمانين

1,985th year

السنة الالف والتاسعة مائة والخامسة والثمانون


Grammatical Gender of the Numbers

The table below explains what the gender of a cardinal number will be given the word being counted. The ordinals have not been included because, in most cases, they act as adjectives for the counted word. So they will match in gender. For example, الرجل الثالث and المرأة الثالثة.

To facilitate the understanding of these rules, let’s consider a rule of thumb: Consider the gender of the singular form of the word being counted. When the ones place is 1 or 2, the ones place will match that singular in gender. And when the ones place is a number between 3 and 9, it will mismatch.

Group

Numbers

Gender of Cardinals

Example

A

1, 2

There is no number, the counted word is used either as singular or dual as needed

رئيس، رئيسان
مرأة، مرأتان

B

3..10

Ones place: gender opposite of the counted word

(sing. امتحان) ثلاثة امتحانات
(sing. مباراة)ثلاث مباريات

C

11, 12

Ones place: gender same as the counted word

Tens place: gender same as the counted word

احد عشر بلدا
إحدى عشرة ولاية

D

13..19

Ones place: gender opposite of the counted word

Tens place: gender same as the counted word

أربعة عشر سبيلا
أربع عشرة معجزة

E

20, 30, 40, 50, ...

Tens place: always masculine

خمسون صحيفا
خمسون ورقة

F

21, 22, 31, 32, ...

Ones place: gender same as the counted word

Tens place: always masculine

اثنان وستون مرابطا
اثنتان وستون زوجة

G

23..29, 33..39, ...

Ones place: gender opposite of the counted word

Tens place: always masculine

سبعة وسبعون ركنا
سبع وسبعون صدقة

H

100, 200, 300, ...

Hundreds place: always masculine since the word مائة is feminine
The word
مائة is always feminine

ثمانيمائة وخمسة وعشرون بيتا
ثمانيمائة وخمس وعشرون دار

I

1000, 2000, ...

Thousands place: always feminine since the word الف is masculine
The word
الف is always masculine

تسعة آلاف جلاّد
تسعة آلاف هرة

Exercise: translate the following phrases into Arabic. The translations of the counted words have been provided. Where you see two words, you must use the underlined plural; the singular is there to help you figure out the gender.

a. a dog (كلب، كلاب)

b. 7 kittens (هريرة، هريرات)

c. 10 masc. students (طالب، طلاب)

d. 11 mice (فأرة)

e. 12 masc. classmates (زميل)

f. 14 windows (شباك)

g. 18 caravans (قافلة)

h. 32 dates (تمرة)

i. 51 journalists (صحافيون)

j. 96 frogs (ضفدع)

k. 99 nicknames (كنية)

l. 307 stars (نجم، نجوم)

m. 411 telephones (هاتف)

n. 789 beds (سريرة)

o. 1,718 apples (تفّاح)

p. 36,036 peaches (درّاق)


Grammatical Case of the Numbers & the Counted Words

The table below summarizes what grammatical case both the number and the counted word take.

Group

Numbers

Case of Number

Case of Word

Example

A

1, 2

There is no number

Determined by its position in the sentence

رأيت رجليـن

B

3..10

Determined by its position in the sentence

The number and word form اضافة, so it will be genitive

لعب في ثلاثةِ ميادينَ

C

11, 12

Both parts are indeclinable; final letters take the فتحة vowel in all cases

The number and word form تميز, so it will be accusative

ثلاثَ عشرةَ عيناً

D

13..19

E

20, 30, 40, 50, ...

Determined by its position in the sentence

خذ ثلاثاً وأربعيـن داراً

F

21, 22, 31, 32, ...

G

23..29, 33..39, ...

H

100, 200, 300, ...

The number’s case is determined by its position

The number and word form اضافة, so it will be genitive

أوقظ ثلاثُمائةِ الفِ نائمٍ

I

1000, 2000, ...

It is important to note that, when you have a complicated number like 1234, those numbers that form اضافة or تميز will do so with the words that follow them, whether those words are the thing being counted or other numbers.

For example, in “أوقظ ثلاثُمائةِ الفِ نائمٍ”, مائة forms اضافة with الف.

Exercise: correctly inflect the underlined words in the following sentences:

a. فانفجرت منه اثنتا عشرة عين

b. أنزل الله مائة الف وأربعة وعشرون الف نبي


Plurality of the Counted Words

The final task is to understand whether the word following the number will be singular or plural. This is a relatively simple topic summarized in the table below.

Group

Numbers

Plurality of Word

Example

A

1, 2

single or dual

ثعلب، ثعلبان

B

3..10

plural

خمسة ثعالبَ

C

11, 12

single

احدَ عشرَ ثعلباً

D

13..19

خمسةَ عشرَ ثعلباً

E

20, 30, 40, 50, ...

خمسون ثعلباً

F

21, 22, 31, 32, ...

واحد وخمسون ثعلباً

G

23..29, 33..39, ...

خمسة وخمسون ثعلباً

H

100, 200, 300, ...

خمسمائةِ ثعلبٍ

I

1000, 2000, ...

خمسة آلافِ ثعلبٍ

Exercise: correct the following phrases in terms of gender and grammatical case, as necessary:

a. أحدَ عشرةِ فنادقَ

b. اثنتا عشرةَ درهماً

c. تسعةَ عشرةِ كتابٍ

d. خمسو قضاةٍ

e. ثلاثةُ مائةٍ وإحدى وتسعين طاولاتٍ

Extend your Knowledge

Numerals

The numerals associated with the numbers are summarized in the following chart:

Number

Numeral

صفر

٠

0

واحد

١

1

اثنان

٢

2

ثلاثة

٣

3

أربعة

٤

4

خمسة

٥

5

ستة

٦

6

سبعة

٧

7

ثمانية

٨

8

تسعة

٩

9

Fractions

In Arabic, we use the word نصف to indicate one half. In order to indicate fractions with a numerator of 1 but denominators larger than 2, we place the cardinal numbers on the فُعُل pattern. The table below makes this clearer.

...

1/5

1/4

1/3

1/2

...

خُمُس

رُبُع

ثُلُث

نِصْف

In order to change the numerator, we use the rules of numbers we’ve just learned, using the denominator as the counted word. In essence, what we are saying is ‘three one-quarters,’ for example. Below are a few examples.

3/4

3/3

3/2

2/4

2/3

2/2

ثَلاثة أَرْباعٍ

ثَلاثة أَثْلاثٍ

ثَلاثة أنْصافٍ

رُبُعانِ

ثُلُثانِ

نِصْفانِ