Tuesday, May 24, 2011

FIQH

Cium Jenazah Membatalkan Wudhuk?

Soalan:

saya dah cuba selak-selak dalam forum/soal jawab yang lepas tapi tak jumpa pulak persoalan saya ni, minta kelapangan sahabat untuk merungkaikan masalah saya.
masalah: orang yang bukan muhram mencium mayat apakah membatalkan wudhuk mayat? dan apakah yang perlu dilakukan sebenarnya.
sekian, wassalam.


Jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Jumhur ulama berpendapat tidak batal wudhuk dengan sebab sentuhan antara lelaki dan wanita ajnabi. kalau masa hidup pun tidak batal wudhuk, maka lepas mati pun lebih aula tidak batal.

- Bagi yang berpegang hukum batal wudhuk jika bersentuhan lelaki dan wanita, seperti mazhab Syafie, maka pendapat yang muktamad dalam mazhab ialah: tidak wajib diulangi wudhu’ si mayat tersebut. Malahan, jika keluar najis daripada kemaluan mayat pun, tidak wajib diwudhukkan mayat itu, memadai dengan membasuhnya sahaja.

rujukan:
-Majmuk Nawawi 5/177.

Wallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment