Wednesday, June 9, 2010

Benarkah INSURANS itu HALAL ????



Insuran Menurut Perspektif Islam
Benarkah Insuran Haram
Menurut Islam?
Disediakan Oleh :
Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
Jabatan Fiqh & Usul Fiqh,
Universiti al-Yarmouk, Jordan
zaharuddin@yahoo.com
ميحرلا نمحرلا للها مسب
1. MUQADDIMAH
Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.

Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :-
1. Pembahagian insuran.
2. Perbezaan Fatwa Ulama’ mengenai hukum insuran
3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram?
4. Apakah dalil para Ulama yg mengharuskannya & syarat utk menyertainya?
5. Alternatif Islam dalam hal Insuran.

Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ tertutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana system Insuran ini suatu ciptaan yg dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, system ini hanya menembusi dunia Islam arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yg dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha’ ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yg mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran.

Bagi memudahkan perbinacngan ringkas ini, elok kiranya dijelaskan dua bentuk asas Insuran, ia adalah :-
1. Insuran Bersifat Perniagaan @ Komersial (Takmin Tijari)
2. Insuran Kerjasama @ Masyarakat (Takmin Ta’awuni @ ijtima’ie)
Insuran Bersifat Perniagaan (Takmin Tijari) :
Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) drpd jenis Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah). Ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dlm kontrak (aqad) bersesuaian dgn kadar2 tertentu. Ia juga bergantung kpd jumlah caruman pencarum.

Kontrak Insuran ini mengandungi item berikut :
1. Redha di kedua2 pihak ( iaitu syrkt Insuran dan Pencarum), Ia ibarat kontrak yg mengandungi aspek ijab & qabul.
2. Pihak yg memberi insuran, iaitu pihak syarikat Insuran.
3. Pencarum, individu yg membayar jumlah tertentu dan yg membuat penjanjian dgn syarikat Insuran.
4. Yang menerima manfaat, iaitu spt anak kpd individu atau isteri dan lain2.
5. Kebahayaan @ musibah, Iaitu jenis2 musibah @ kemalangan yg diandaikan yg ditentukan di dlm kontrak, spt kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain2.
1. Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mu’asirah, Prof. Dr Othman Syabir, cet Dar an-Nafais, hlm 106
2. Hasyiah Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170
3. ‘Uqud at-Takmin, Dr. Jamal Hakim, Jld 1, hlm 33

Insuran Menurut Perspektif Islam
Bentuk Insuran ini spt :- Insuran Terhdp Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain2) , Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain2.
Saya menganggap, pembaca tentu telah memahami perkara ini secara praktikal di Malaysia, ia adalah sesuatu yg telah diketahui umum dalam dunia kehidupan di Malaysia.
Insuran Bersifat Kerjasama @ Kemasyarakatan (Ta’awuni):
Ia adalah suatu kontrak berbentuk derma @ sumbangan drpd sesuatu Badan Pengurusan Insuran Kerjasama kpd para pencarumnya atas dasar saling bantu membantu mengurangkan bebanan musibah yg ditanggung pencarum (ahli masyarakat). Ia tidak bertujuan mengumpul dan mencari keuntungan daripada simpanan wang pencarum. Ia juga bukan suatu jenis perniagaan.4
Demikian dua bentuk insuran yang asas. Bentuk yang pertama tidak disepakati sepenuhnya tentang hukumnya bgmnpun Majoriti ulama’ mengharamkannya, manakala jenis yg kedua disepakati sebulat suara tentang keharusannya di dalam Islam.
2. ULAMA’ DAN HUKUM INSURAN JENIS PERTAMA
Sebagai pembuka tirai perbincangan, terlebih dahulu penulis ingin menyebut bahawa Kesatuan Ulama’ Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh ‘Alami) telah pun bersidang memperbincangkan hukum Insuran Bersifat Perniagaan ini. Keputusannya, jumhur @ majority dari mereka sepakat terhadap PENGHARAMAN insuran ini.
Secara perincian, masih terdpt sebilangan ulama’ besar yg berpandangan sebaliknya. Ringkasan pecahan kumpulan ulama’ ini adlh seperti berikut :-
1. Kumpulan Yg Mengharamkan Insuran Bersifat Perniagaan & Jenis-jenisnya.
Mereka terdiri daripada ulama’ berikut :-
a. As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)
b. As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972 M, Prof Syari’ah di Univ. Kaherah, dianggap ulama’ terulung dlm Ilmu Fiqh)
c. As-Syeikh Al-Imam Muhd ‘Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)
d. As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut’ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )
e. As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha’ terulung Mesir & dianggap mujaddid Fiqh Mesir)
f. As-Syeikh Najm al-Din al-Wa’iz (Bekas Mufti Iraq)
g. As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)
h. As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)
i. As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)
j. As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara’ah (Bekas Mufti Mesir)
k. As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama’ dan Da’ie terkemuka di dunia Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)
l. Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)
m. Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)
n. As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap Fuhaqa’ teralim di ketika ini)
o. As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)
p. Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama’ terkenal di Jordan kini)
q. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama’ terkenal di dunia)
2. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Dgn Meletakkan Syarat2 Tertentu.
Mereka adalah :
4. Qarar Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Sedunia) bertarikh 1978 M, dinaqal drpd Dr. Uthman Syabir, hlm 131.

Insuran Menurut Perspektif Islam
a. As-Syeikh Abdullah Siyam (Ulama Takhassus Fiqh dalam tahun 1932 M)
b. As-Syeikh Prof. Abd Wahab Al-Khallaf (Prof. Syariah di Univ. Kaherah, wafat thn 50 an)
c. As-Syeikh Prof. Dr. Yusoff Musa (Prof. Syariah di Univ. Kaherah)
d. As-Syeikh Prof. Dr. Mustafa az-Zarqa’(Prof. Syariah di Univ. Jordan & Ulama’ terulung sezaman dgn Abu Zuhrah)
e. As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim (Prof. Syariah Univ. Al-Yarmouk & ulama’ terkenal di Jordan kini)
3. Kumpulan Yg Mengharuskan Insuran Kecuali Insuran Nyawa.
Mereka adalah :-
a. As-Syeikh Prof. Muhd Ahmad as-Sanhuri (ulama’ terkemuka di tahun 50 an)
b. As-Syeikh Prof. Dr Ali Khafif (ulama’ Mesir yg terkemuka di bidang fiqh mu’amalat)
Demikianlah pecahan kumpulan ulama’ terkemuka di dunia Islam yg terzahir pandangan mereka melalui kitab2 mereka dan nadwah2 Islam di seluruh dunia. Mengikut jumlah, kumpulan ulama yg mengharamkan insuran jenis perniagaan adalah majority.
Kajian dan perbincangan mereka adalah panjang dan boleh mencecah ratusan halaman. Justeru penulis tidaklah berhasrat untuk memperbicarakan dalil2 kedua-dua kumpulan tersebut. Cukup sekadar mengemukakan asas hujjah mengapa ia di anggap haram oleh majority ulama’ & apakah dalil asas ulama’ yg mengharuskannya.
3. SEBAB INSURAN BERSIFAT PERNIAGAAN MENJADI HARAM ?
Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah & sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yg agak luas untuk memahaminya dgn sempurna, bgmnpun penulis akan cuba memudahkan dalil2 ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan org awam. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kpd Ulama Takhassus Fiqh di Universiti2 bg penjelasan dgn lebih terperinci.
Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dlm bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-
- Pembahagian kpd Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma @ Sumbangan)
- Riba & pembahagiannya
- Syarat jual beli dalam Islam.
- Jual beli Gharar dan pecahannya.
- Serba sedikit tentang Qias (Perbandingan Hukum).
Begitulah serba sedikti ilmu asas yg diperlukan bagi melahirkan kefahaman jitu dlm masalah ini.
Menurut kumpulan pertama, Insuran bersifat perniagaan adalah haram kerana :-
1. Terdapat Unsur Riba.5
• Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kpd si pencarum yg terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dgn jumlah yg berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sbgmn 6 item yg disebutkan Nabi di dlm hadithnya. Nabi SAW telah mensyaratkan dgn jelas dan terang, apabila bermu’amalah di antara dua item ribawi yg sama jenis (cth di sini wang RM dgn wang RM), mestilah dgn syarat:
a. Sama timbangan (mathalan bi mathalin – jika melibatkan timbangan spt beras, gandum, garam dan lain2)
b. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)
c. Diserahkan di ketika mu’amalah di lakukan. (yadan diyadin)
Syarat ini bersumber dari hadith :
لثمب لاثم لاإ بهذلاب بهذلا اوعيبت لا ,ضعب ىلع اهضعب اوفشت لاو )...ملسم و يراخبلا هاور(
5 . Al-Mu’amalah al-Maliah, Dr Uthman Syabir, Dar al-Nafais, cet ke 4, hlm 118 ; Fiqh al-Islami wa adillatuhu, Dr. Wahbah Az-Zuhayli, Jld 5, hlm 3423
3
Insuran Menurut Perspektif Islam
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain..” ( Al-Bukhari & Muslim)
يبت لا ءاوسب ءاوس لثمب لاثم نزوب انزو لاإ قرولاب قرولا لاو بهذلاب بهذلا اوع )ملسم(
Mafhum : Jgn kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dgn pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama..
Maka setiap perbezaan timbangan atau nilai (dlm item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yg diharamkan (Tahrim wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dgn jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DLM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI.
Manakala pembayaran bertangguh dlm 2 brgn ribawi adalah Riba An-Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran.
Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji, menjelaskan bhw kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bhw mana2 hujah utk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak 6 Justeru Insuran mempunyai kedua2 jenis Riba lalu ia digelar Riba An-Nasa’
• Perlu disedari bhw insuran biasa yg byk terdpt di Malaysia hari ini adalah bersifat perniagaan (Takmin Tijari) yg mana, syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan yg bertujuan mencari keuntungan. Justeru, secara jelas kontrak yang dipersetujui oleh pencarum dan syarikat adalah termasuk katergori Aqud Mu’awadah Maliah (Kontrak Pertukaran Harta) dgn cara Perniagaan. Semua kontrak yg terlibat dgn item ribawi mestilah menjaga 3 syarat yg disebutkan dia atas tadi. Jika tidak ia akan jatuh ke hukum Riba yg diharamkan.
• Walapun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan hanya utk merasa lebih selamat terhdp keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dsbgnya, tetapi ia tetap dianggap riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sbg riba, walaupun maksudnya tidak selari dgn riba yg sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa byk kes yg telah ditemui, terdpt individu yg sengaja menghilangkan kereta utk meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga utk mendpt wang insuran bernilai jutaan RM dan lain2.
• Riba juga boleh berlaku dgn sgt jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran di dalam syarikat lain dgn kadar faedah tetap yg diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana2 syrkt yg bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syrkt insuran meletakkan wang itu di dlm syrkt yg melakukan urusniaga haram spt arak, judi dan lain2.
2. Terdapat unsur ketidaktentuan (gharar).7
Nabi SAW bersabda dalam hadith yg shohih bhw Baginda “Melarang drpd urusniaga yg mengandugi gharar” (Riwayat Muslim)8
6 . ‘Uqud at-Takmin, hlm 111
7 . Rujuk Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mu’asirah, Dr Ali Ahmad Salus, Maktabah al-Falah, cet kedua, hlm 380 ; lihat juga ‘Uqud at-Takmin, Dr Muhd Baltaji, Dar al-Urubah, Kuwait,
8. Muslim, Kitab al-Buyu’ ; Malik dlm al-Muwatta’ ; Ahmad dari Ibn Umar dlm al-Musnad ; Rujuk Fath al-Bari, Ibn Hajar Al-‘Asqolani, Jld 5, hlm 260
4
Insuran Menurut Perspektif Islam
Ia berlaku apabila, kedua2 pihak (pencarum & syarikat) saling tidak mengetahui apa yg akan berlaku, bilakah musibah akan menimpa?, minggu depan, tahun depan ? dsbg.. Ia adalah satu kontrak yang dibuat berlandaskan andaian (ihtimal) semata2.
Sekiranya A mencarum RM 1000 hari ini, tiba2 berlaku kehilangan keretanya esok, maka mungkin jumlah insuran yg akan diperolehinya berlipat kali ganda berdasarkan pakej insuran syarikat tertentu. Bukankah ini membebankan syarikat, dgn itu ketidak adilan berlaku terhdp syrkt. Begitu juga, kiranya pencarum mencarum sehingga suatu jumlah RM 100,000 sedangkan kereta tidak pernah ditimpa musibah selama 30 tahun. Sudah tentu pencarum akan tertanya2 bgmn wangnya? Adakah akan hangus begitu shj ? malah kiranya ditimpa musibah, kemungkinan jumlah yg diperolehi ¼ dari carumannya. Bukankah pencarum pula yg tertindas?.
Ini lah yg disebut ketidak tentuan (gharar) yang dilarang di dlm Islam, Kehebatan system Islam dlm urusniaga amat mengambil berat hal ini, agar kedua2 pihak tidak dizalimi atau terzalim. Kerana itu Islam mensyaratkan beberapa syarat sah urusniaga Jual Beli, tanpanya jual beli dan kontrak menjadi rosak, antara syaratnya 9 :-
a. Timbangan yg maklum (diketahui jelas–kiranya jenis yg ditimbang)
b. Barang & harga yg jelas dan dimaklumi (tidak boleh harga yg dijahili ketika beli)
c. Penjualan barangan tidak dihadkan kpd tempoh tertentu masa yg jelas.
d. Mempunyai tempoh tangguh yg dimaklumi (samada tempoh serah barang mahupun harga), iaitu kiranya melibatkan urusniaga jualan tangguh.
e. Redha kedua2 pihak dgn urusniaga yg dijalankan.
f. Sama Nilai & timbangan serta penyerahan di dlm majlis yg sama tanpa tangguh dalam urusniaga item ribawi.
Menurut Islam, gharar ini merosakkan Aqad10. Demikian Islam menjaga kepentingan manusia dlm aspek ini. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, larangan gharar dlm urusniaga Islam mempunyai peranan yg begitu hebat dlm menjamin keadilan. Cth Jual beli gharar ini adalah membeli atau menjual anak lembu yg masih dlm keadaan janin dlm perut ibunya, Menjual burung yg terbang di udara. 11 Ia menjadi gharar krn tidak dpt dipastikan sempurnakah janin yg akan dilahirkan, dpt kah ditangkap burung itu. Maka kiranya dibayar harga, tiba2 brgan tidak sempurna, lalu pembeli tidak puas hati, hingga terjadi permusuhan & pergaduhan. Islam melarang gharar demi mengelak kejadian spt ini. Bgmnpun, Islam memaafkan gharar yg sedikit yg tidak dpt dielakkan serta yg diyakini tidak menjejaskan urusniaga.12 Byk lagi dlm aspek lain menunjukkan toleransi urusniaga Islam yg sukar utk diperkatakan di dalam penulisan yg ringkas terfokus ini.
Jika kedua2 pihak saling meredhai dan menjamin tiada pertelingakahan akan berlaku, kontrak tadi secara zatnya tetap termasuk dlm rangkuman bay’ al-gharar yg diharamkan. Walaupun nisbah peratusan atau kadar bayaran telah ditentukan agar pencarum maklum, ia tetap juga tidak tahu, bilakah musibah akan berlaku. Justeru tetap ada gharar di situ. 13
3. Terdapat unsur Perjudian.
Judi jelas diharamkan oleh Allah SWT di dlm al-Quran tanpa syak lagi. Insuran mengandungi unsur ini krn ia berkait dgn nasib samada berlaku musibah atau tidak berlaku. Adakala apabila musibah berlaku, pencarum mendapat pulangan lumayan & dikira untung, mungkin juga sebaliknya. Inilah unsur judi yang dimaksudkan. Demikian menurut As-Syeikh Bakhit al-Mut’ie dlm risalahnya hlm 14, juga ulama’ lain. Pencarum pula ketika mencarum mengharapkan dgn carumannya yg sedikit, ia boleh mendapat sejumlah wang yg lumayan kiranya berlaku musibah. Ini juga suatu perjudian. 14
9. Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Al-Imam An-Nawawi, cet Dar Ihya’ at-Turath al-Arabi, Jld 9, hlm 210 ; Qabasun Fi Fiqh al-Mu’amalat, Prof. Dr Abd Fatah Idris, hlm 29 ; Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbay az-Zuhayli, 5/3325
10. Baltaji, hlm 68
11. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Lihat Bab Buyu’ dlm semua cetakan.
12. Ibid, Jilid 4/ hlm 5-6 ; Rujuk juga Fath al-Bari, 5/260 dan As-Syarh al-Shoghir 3/95
13. Rujuk perbincangan yg lanjut & menarik dlm ‘Uqud at-takmin, Dr. Muhd Baltaji, hlm 76-93
14. Ahkam Mu’amalat Mu’asirah, Dr. Ali Salus, hlm 380
5
Insuran Menurut Perspektif Islam
Bgmnpun Prof. Mustafa Zarqa’ menolak insur ini terdpt di dalam Insuran dgn katanya : “Sesungguhnya judi adalah suatu permainan yg bergantung kpd nasib dan ia bertentangan dgn akhlak kemanusiaan..Di mana letaknya anggapan insuran bersifat judi sedangkan ia adlh suatu system yg tegak di atas dasar bantu mengurangkan bebanan manusia lain ketika ditimpa musibah..” 15
Syeikh Muhd Abu Zuhrah menolak hujjah ini krn terdpt pada insuran unsur ‘mukhatarah’ (nasib dan musibah dan bahaya). Dr Muhd Baltaji menambah, bhw inilah sebab utama ia dianggap judi yg diharamkan, aspek samada ia boleh membawa permusuhan atau tidak bukanlah sebab utama16. Malah jelas bhw insuran adalah suatu kontrak yg dibuat terhdp satu perkara yg tidak pasti dari kedua2 pihak. (kedua pihak tidak tahu jumlah yg diperolehi dan apa pula yg akan dibayar)
Apa yg disebut oleh Syeikh Zarqa’ hanyalah suatu pandangan yg tidak dpt lari dr hakikat bhw unsur judi wujud dlm insuran & Dasar Bantu yg disebutkan adalah tidak tepat krn syrkt inusran ditubuhkan atas dasar perniagaan yg ingin untung bukan dasar bantu membantu. Ia berbeza dgn insuran ta’awuni yg dihalalkan Islam (akan disebutkan selepas ini).
Demikianlah hujjah utama kumpulan ulama’ yg mengharamkan Insuran Jenis Perniagaan.
4. RINGKASAN DALIL KUMPULAN YG MENGHARUSKAN
Kumpulan yg mengharuskan Insuran ini berhujjah dgn dalil2 Qias (Perbandingan Hukum)
Secara umum, mrk menggunakan dalil qias dalam hujah mereka, iaitu dgn mengqiaskan kpd beberapa system yg zahirnya kelihatan spt system insuran, yang mana sistem2 ini diterima di dalam Islam. Mrk meng’qias’kan insuran dgn system berikut :
a. ‘Aqd al-Hirasah (Kontrak Pengawal Keselamatan)
b. Jaminan Keamanan Laluan (Dhoman Khatar at-Toriq) – suatu aqad yg diterima pakai oleh ulama’ Mazhab Hanafi.
c. Maslahat (kepentingan tertentu)
d. Al-Wadi’ah bi ajr (Penerimaan bayaran balik bila barangan amanah rosak)
e. Sistem Pencen @ Persaraan ( Nizom at-Taqa’ud)
f. Dharurat atau krn hajat yg bersgtan ( Hajiat)
Dan beberapa yg lain.
Penulis tidaklah ingin mengulas lanjut dalil2 ini krn ia memerlukan ilmu asas utk memahaminya dan agak rumit utk diulas dlm ruangan yang terhad. Cuma penulis hanya ingin mengulas hujah dharurat shj.
Kumpulan yg mengharuskan mengatakan bhw penggunaan insuran adalah suatu dharurat kini, tidak dpt lagi darinya dalam konteks ekonomi dunia Moden hari ini. Kaedah Dharurat telah diterima di dalam Islam sehingga terdpt kaedah2 di dalam Fiqh seperti :
تاروظحملا حيبت تارورضلا
Mafhum : Dharurat mampu mengharuskan perkara yg diharamkan.
ريسيتلا بلجت ةقشملا
Mafhum : Kesukaran yg bersangatan membawa kpd kemudahan (rukhsoh)
عستا رملأا قاض اذإ
Mafhum : Apabila disempitkan sesuatu perkara maka yg menyalahi bertambah luas.
Kumpulan ini berhujah bhw, Insuran jenis perniagaan ini telah begitu tersebar meluas di dalam masyarakat hari ini, sehingga hampir2 menjadi sebahagian drpd kehidupan masyarakat. Melarikan diri dari system in adalah sesuatu yg amat menyukarkan, dgn demikian jadilah Insuran sbg satu keperluan yg
15. Usbu’ al-Fiqh al-Islami, hlm 398 ; juga artikel Syeikh Ali Khafif, hlm 17
16 ‘Uqud at-Takmin, hlm 98
6
Insuran Menurut Perspektif Islam
mencecah tahap dharurat 17 atau paling kurang jatuh ke tahap ‘hajiat’ 18. Dgn itu Dr. Ibrahim At-Tohawi menyatakan ia sbg keperluan yang mesti dalam kehidupan hari ini.19
Kumpulan pertama menolak hujjah Dharurat & Hajiat ini. Ini adalah kerana sesuatu hanya boleh dianggap Dharurat apabila :-
a. Tanpanya, benar2 masyarakat akan menuju kehancuran dan kerosakan dan kelam kabut. Manakala Insuran tidaklah sampai ke tahap ini, berapa ramai masyrkt yg masih boleh hiudp tanpa sebarang insuran, tegasnya kehidupan masih normal cuma beberapa maslaah & kesukaran mungkin berlaku. Justeru, pihak pertama berpandangan keperluan Insuran tidak sampai ke tahap dharurat malah hanya hajiat shj.
b. Insuran bersifat perniagaan hanya boleh diiktiraf sbg Dharurat & Hajiat, hanya jika tiada langsung alternatif system Insuran berbentuk Islam yang diiktiraf Islam. Maka dalam hal ini, terdpt di dalam Islam system Insuran Islam yg dinamakan Takmin Ta’awuni atau Ijtima’ie (akan disebut slps ini). Ia adalah harus dan sepatutnya mengambil tempat insuran jenis perniagaan yg hari ini. Lalu, Hujah Dharurat mahupun Hajiat tidak terpakai di sini.
Kesimpulannya di sini, hujjah kumpulan kedua yg terakhir ini juga tertolak, malah Qias tidak mampu bertentang dgn nas yang jelas. Nas jelas menyatakan unsur Riba, judi yang menjadi asas pengharaman terdapat di dlm system Insuran yg bersifat perniagaan. Malah hukm pada asal yg ingin dijadikan qias pun tidak sebegitu kuat. Justeru, kumpulan kedua menganggap semua qias yg cuba digunakan oleh kumpulan Kedua ini adalah Qias ma’al Fariq (Perbandingan hukum yg tidak sah krn terdpt perbezaan antara Hukum Asal & Furu’).
5. PENDAPAT YG TERPILIH MENURUT PENGAMATAN PENULIS.
Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama’ terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :
1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi.
Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.
2. Majlis Kesatuan Ulama’ Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.
3. Majma’ al-Fiqh al-Islami al-‘Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.
4. Majma’ al-Fiqh al-Islami sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.
Majma’ Fiqh juga secara ijma’ mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta’awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing2.20
Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha’. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu
17. Imam as-Syatibi mentakrifnya sbg : Suatu perkara yg mesti dilakukan, tanpanya kehidupan tidak akan dpt berjalan, malah kehancuran pasti berlaku samada di dunia dan di akhirat. Lihat al-Muwafaqat, jld 2, hlm 20
18. Takrifan Imam As-Syatibi : Perkara yg menjadi keperluan manusia, tanpanya kehidupan dpt berjalan tetapi dalam keadaan sukar dan kesempitan. Lihat al-Muwafaqat.
19. Al-‘Iqtisod al-Islami, Dr. Ibrahim At-Tahowi, jilid 1, hlm 441 ; Juga ‘Usbu’ al-Fiqh al-Islami, hlm 476
20. Al-Mu’amalat al-Maliah al-Mua’asirah, Dr. Othman Syabir, hlm 129 ; juga Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbah Az-Zuhayli, 5/3423
7
Insuran Menurut Perspektif Islam
terperinci oleh Para Ulama’ terkemuka di dunia, Para ahli ekonomi biasa dan Prof2 Syariah di Universiti terkemuka Islam.
Penulis tidaklah mampu untuk menentukan mana2 syarikat Insuran yg terdpt di Malaysia yg dikelaskan Insuran Bersifat Perniagaan yg difatwakan haram dan mana pula insuran jenis ta’awuni @ ijtima’ie yg difatwakan secara ijma’ tentang keharusannya. Ini adalah krn penulis tidak mempunyai gambaran lengkap mengenai proses perlaksanaan syarikat2 insuran di Malaysia serta keberadaan di Jordan menghalang pengkajian praktikal di Malaysia. Apapun menurut hemat penulis, Insuran Ta’awuni telah pun banyak wujud di Malaysia dan boleh menjadi tumpuan para pembaca sekalian.
Bagi mereka yg masih ingin mengambil pendapat yg mengharuskan, perlulah mengetahui beberapa syarat yg diletakkan, krn ia tidaklah diharuskan secara mutlaq. Antara syarat :-
1. Memastikan niat sbg pencarum adalah utk mendapat bantuan, tanggungan dan sedikit ketenangan kiranya berlaku sbrg musibah terhdp harta dan lain2 agar dapat menghindarinya sbg alat perniagaan. Juga dgn harapan, pencarum tidak terlibat dalam unsur judi.
2. Memastikan semampu mungkin, bhw Syrkt Insuran yg dipilih bermu’amalah secara Islamik, tiada pelaburan dlm inudstri yg diharamkan, serta mempunyai asas utama takaful (skim Bantu membantu) secara zahirnya. Manakala, target perniagaan dan untung yg disasarkan oleh syrkt tidaklah kelihatan secara zahir. Dalam hal ini mungkin Syrkt Takaful M’sia atau Insuran yg dinajurakan oleh Bank-bank berasaskan system Islam kelihatan lebih Islamik dan zahirnya menjurus ke arah bantu membantu. Wallahu ‘a’lam
3. Memastikan bhw wang insuran yg diperolehi drpd Badan @ Syrkt Insuran itu sbg satu bentuk Hadiah, Derma atau Sumbangan bukannya hasil jual beli wang dgn wang. Dgn harapan ia terlepas drpd Riba. Jika tidak ia tetap Riba. Semoga Allah mengampunnya.
4. Kiranya syrkt Insuran menawarkan pulangan dari musibah yg menimpa bukan dari wang, spt kereta yg hilang diganti kereta @ apa jua yg bukannya berupa wang, maka ketika itu mungkin unsur Riba lenyap. Kerana ia bukan lagi 2 item Ribawi. Wallahu a’lam.
Demikianlah beberapa perkara penting yg perlu diambil perhatian, bgmnpun penulis lebih suka mengingatkan pembaca sekalian, AGAR MENJAUHI INSURAN INI KERANA IA TERSGT JELAS SAMADA HARAM ATAU PALING KURANG DI TAHAP SYUBHAT. Sbgmn sabda Baginda SAW :
هض رعو هنیدل أربتسا تاهبشلا ىقتا نمف..
Mafhum : Brgsp yg menghindar diri dari perkara syubhat, maka telah terselamat agamanya dan maruahnya ( Riwayat Al-Bukhari bab Kitab al-Iman ; Muslim, bab Buyu’ ; At-Tirmizi dan an-Nasaie)
كبیری لا ام ىلإ كبیری ام عد)يئاسنلاو يذمرتلا(
Mafhum : Tinggalkan apa yg kamu ragu kepada yg tidak kamu ragui ( Hadith Hasan Shohih menurut At-Tirmizi ; An-Nasaie ; Abu Daud dan Ahmad)
Imam An-Nawawi as-Syafie (Imam Mujtahid : w 676 H) menghurai satu hadith, menyatakan berkenaan kaedah mengenal dosa menurut rasa hati dlm melakukan amalan syubhat.
ددرتو هيف كرحت,ردصلا هل حرشنی ملو ,ابنذ هنوآ فوخو كشلا هنم بلقلا يف لصحو
Mafhum : (Cukup membuat seseorg terjebak ke dosa) apabila gundah hatinya dan ragu, hatinya tidak lapang dlm membuatnya, timbul dlm hati perasaan syak serta bimbang terjebak ke dosa (Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim 5/419)
Saidina Umar al-Khattab ra berkata 21:
ةبیرلاو ابرلا اوعد سانلا اهیأی
Mafhum : Wahai Manusia, tinggalkan dan jauhi amalan Riba dan perkara yg diragui (halalnya)
21. Manhaj ‘Umar Ibn Al-Khattab Fi Tasyri’, Dr. Muhd Baltaji, Dar al-Fikr al-‘Arabi, hlm 319
8
Insuran Menurut Perspektif Islam
6. INSURAN YG DIHARUSKAN DI DALAM ISLAM
1. Insuran Kerjasama Kemasyarakatan ( Ta’awuni @ Ijtima’ie)
Iaitu suatu jenis insuran termasuk dalam jenis kontrak sumbangan ikhlas (‘uqud tabbaru’at) yang diikat untuk mencapai matlamat bantu membantu di antara individu masyarakat yg menghadapi musibah dan demi mengurangkan bebanan yg ditanggung.
Dalil Keharusannya :
Bersumber dari beberapa buah Hadith Nabi SAW. Antaranya :
Mafhum Hadith : “ Sesungguhnya al-‘Asy’ariyyun apabila bertolak ke medan peperangan, berkuranglah bekalan makanan keluarga mrk di Madinah, maka dikumpulkan apa yg terdpt dr kalangan mrk dalam satu tempat, kemudian di bahagikan antara mereka, mrk drpd kami, dan kami drpd mereka” (Riwayat al-Bukhari & Muslim, Rujuk Fath al-Bari 6/55)
Inilah bentuk kerjasama, tolong menolong mengurangkan bebanan musibah yg menjadi asas Insuran ta’awuni.
Mengapa ia Harus dan apakah bezanya dgn Insuran Jenis Perniagaan?
a. Adalah ia tidak bertujuan mengaut keuntungan.
b. Ia tidak berbentuk perniagaan, malah hanya berbentuk sumbangan derma kpd individu malang melalui proses dan seliaan organiasasi dan pengurusan yang tertentu.
c. Ia tidak dikira ‘uqud mu’awadah maliah (kontrak jual beli @ perniagaan) tetapi hanyalah ‘uqud Tabarru’aat ( kontrak derma dan sumbangan) Justeru, dgn berbezanya pengkelasan kontrak ini, semua jenis riba, gharar, perjudian yg wujud pada Insuran jenis pertama tadi terhapus. Kerana ia bukan lagi jual beli yg terikat dgn syarat2nya. Kontrak tabaru’aat tiada syarat seperti syarat jual beli walaupun di antara 2 brgan (komoditi) Ribawi.
Bentuknya :
Individu mendermakan sejumlah wang kpd sesuatu Yayasan atau Badan Kebajikan atau mana-mana Kesatuan dikhaskan untuk membantu anggota Badan tersebut yang ditimpa musibah.
Beberapa perkara yg perlu dijaga dalam pengasasan Badan Pengurus Insuran ta’awuni: 22
1. Mempunyai Pengasas/ Pengurus serta modal awal selain wang darpd pencarum, samada didapati drpd kerajaan, Derma drpd Yayasan, Syarikat Islam dan lain2. Modal ini berbeza drpd modal Syrkt Insuran Asas Perniagaan.
2. Badan ini mempunyai cawangannya di setiap Bandar.
3. Badan ini mempunyai pembahagian insuarn yg ditawarkan, spt bhg insuran ta’awun kesihatan, bhg bantuan ketidakmampuan tertentu samada anggota tubuh, kenderaan, harta perniagaan dan lain2.
4. Mempunyai pembahagian kumpulan sasaran spt Pelajar, Profesional, Peniaga dan lain2.
5. Mestilah badan ini mempunyai fleksibility dalam pengurusan dan menjauhi rigid dlm kaedah pengurusan.
6. Terdapat anggota majis tertinggi berkelayakan tinggi yg bertanggung jawab dlm menyelia Pengurusan Badan ini samad drpd lantikan Kerajaan atau dari kalangan penderma dan pencarum. Ini penting demi memastikan kejayaan pengurusan dan matlamat.
7. Kiranya musibah yg menimpa ahli melebihi jumlah tabungan, tambahan perlulah ditanggung oleh kerajaan atau peserta / pencarum.
8. Matlamat Badan ini hanyalah membantu atas dasar kebaikan di antara pencarum / peserta / ahli tanpa bertujuan mendapat keuntungan.
9. Terdapat had jumlah awal yg perlu dibayar oleh pencarum.Asas ini sama seperti system yg terpakai dlm insuran perniaagaan. Dan kaedah pembayara juga menggunakan asas nisbah dan kadar tertentu hasil kajian tersendiri dari mrk yg pakar.
22. Al-Mu’amalat Al-Maliah, Dr Uthman Syabir, hlm 129 9
Insuran Menurut Perspektif Islam
Cuma kadar pulangan @ lebihan kpd individu yg ditimpa musibah adalah hak bersama para pencarum & diberikan atas dasar derma, manakala dlm Insuran Jenis Perniagaan ia adalah hak Syarikat.
10. Setiap pencarum mempunyai hak dalam hal pengurusan Badan Amanah, serta hak dlm menjaganya.
11. Badan yang memegang amanah ini, diharuskan utk melaburkan wang caruman terkumpul ke dlm institusi Kewangan yg jelas Halal dan berniaga cara Halal demi kebaikan pencarum, eloknya mendpt restu pencarum. Tiada halangan juga bg pihak pengasas atau pengurus mengambil kadar tertentu dari keuntungan pelaburan atas dasar elaun mengurus.
12. Mestilah Badan ini mempunyai Unit Penasihat Syari’e demi meastikan sentiasa berjalan di atas landasan syara’.
Demikianlah beberapa aspek yg perlu dilihat demi menjayakan insuran ta’awuni ini. Banyak lagi aspek teori yg praktikal dan realistic yg perlu dilihat, sesiapa yg berminat utk membacanya bolehlah merujuk kitab Al-Mu’amalah al-Maliah al-Mu’asirah karangan Prof. Dr Othman Syabir. Hlm 130 dan selanjutnya.
2. Insuran yg disediakan oleh Kerajaan untuk Rakyat.
Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mencatatkan ia sbg harus 23, Ia ibarat suatu insuran yang diwajibkan oleh pihak kerajaan kpd para rakyat, yang mana kerajaan bertindak sbg sebuah Badan yang mengurus (bukannya syrkt Insuran Perniagaan tertentu),
Ini kerana ia hanyalah ibarat membayar cukai kpd kerajaan, dan krn kerajaan adlh bertanggungjawab dlm memastikan rakyatnya dibantu di dlm keadaan kesusahan. Bgmnpun, perlulah dipastikan sejauh mana perlaksanaan nya selari dgn kehendak syarak. Kiranya bertentang dgn syarak tetapi semua kakitangan kerajaan dipaksa dan diwajibkan menyertainya, dosa adalah ditanggung oleh pemimpin yg bertanggung jawab.
KESIMPULAN
1. Isu ini adalah isu yg terdpt perbezaan fatwa di kalangan ulama’, ia masih dianggap perkara ijtihadi. Terpulang kpd penilaian, ilmu dan iman masing2 untuk menentukan pendirian, bagi kumpulan orang awam, jln selamat adalah menuruti pandangan MAJORITI ULAMA’ dan tidak bersendirian menentukan pendirian tanpa mengetahui hakikat isu ini pd pandangan Islam.
2. Semua jenis Insuran Bersifat Perniagaan adalah haram menurut pandangan Majoriti ulama’ semasa terutama Insuran Nyawa.
3. Alternatif kpd keperluan system insuran adalah Insuran Kerjasama Kemasyarakatan (ta’awuni) yg tidak didasari oleh sifat mencari keuntungan maddi.
Artikel ini terbuka kpd sebarang pertanyaan dan komentar membina. Segala yg benar dari Allah SWT, dan yg tersilap dr kelemahan diri dan gangguan Syaitan yang mengganggu. Wallahu ‘a’lam.
Sekian,
Irbid, Jordan
29 Jamadil Akhir 1423 H (7 Ogos 2002)
23. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu, Dr Wahbah, 5/3422 10