Saturday, May 30, 2009

Pengalaman di SAMTEN


4 Mei 2009 bermulalah tarikh keramat aku berpijak di bumi daerah Hulu Langat bergelar seorang guru pelatih. Aku dengan 4 rakan yang lain iaitu Dayat, Diana dan Ema dari UM dikehendaki menjalani LM (Latihan Mengajar) di sebuah sekolah agama negeri di Selangor. Syukur, alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan izin-Nya. Nama sekolah bertuah itu adalah Sekolah Agama Menengah Batu 10 Hulu Langat, Cheras, Selangor. Ia lebih dikenali dengan nama glamor SAMTEN di kalangan masyarakat.

Pada hari pertama sampai di sekolah aku bersahaja melepak di bilik guru, berta'aruf sesama guru dan menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Keesokan harinya aku mendapat jadual waktu P&P di sekolah. Aku diberi amanah dan kepercayaan mengajar subjek Bahasa Arab tingkatan 2 dan PQS tingkatan 4. Sesi taaruf bersama pelajar dalam kelas agak "keras". Ini kerana aku mahu mendidik dan menyebarkan ilmu Allah dengan penuh rasa bertanggungjawab dan amanah.

Aku bersyukur dengan Allah kerana Dialah segala penentu dan pemberi hidayah. Berkat izin Allah semua pelajar dapat menerima aku dan sangat baik serta menghormati dan sanggup berkerjasama dalam pelajaran. Aku berazam untuk mengubah persepsi mereka bahawa Bahasa Arab dan PQS adalah subjek yg sangat menyeronokan dan tidak membosankan serta mudah dipelajari.

Sepanjang 4 minggu bersama mereka, aku hanya dapat mengajar selama seminggu untuk tingkatan 4 dan 2 minggu untuk tingkatan 2. Namun aku redha dan pasrah, ku pohon moga Allah menerima doaku supaya semua pelajarku berjaya dunia dan akhirat. Mereka semua sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun. Aku hanya mampu berdoa kerana aku yakin doa itu senjata bg orang Mukmin berdasarkan hadis Nabi SAW.

Setelah itu, diadakan sambutan Majlis Hari Guru peringkat SAMTEN, aku berasa sangat bersyukur dan gembira kerana walaupun hanya 2 minggu mengajar aku diraikan oleh semua pelajar. Terpegun melihat persembahan pelajar dalam bentuk nasyid, pentomen, pantun dan coral speaking. Pelajar SAMTEN memang bijak dan kreatif dalam semua hal termasuk perlaksanaan dan pengurusan program. Aku rasa terharu kerana byk menerima hadiah. Aku terasa diri amat dihargai. Terima kasih Aulad....wal Banat....Ahsantum...Jazakallahu khairan kathira....

Kini cuti sekolah bermula, aku perlu menjalani kursus di ILIM Bangi bagi memenuhi kriteria dan syarat LM. Wah gembira dan seronok dapat berjumpa dengan 168 orang rakan seperjuangan berjiwa pendidik. Seakan-akan terasa diri seperti menghadiri Majlis Alumni SMPI. Aku berharap semoga semua nya berjalan lancar dan mudah. Sekian dahulu, coretan isi hati menimba ilmu dan mencurah ilmu di bumi SAMTEN. Semoga Ukhwah berkekalan.

Ikhlas ,
e-One el-Mukhtary

No comments:

Post a Comment