Monday, August 23, 2010

Di Sebalik Sebuah KItab Agung Dari ALLAH SWT



1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.


Hadis lain yang diriwayatkan oleh ad-Darimi daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Bacalah Al-Quran, kerana sesungguhnya Allah Ta`ala tidak
menyiksa hati yang menyimpan Al-Quran (hafaz Quran). Dan
sesungguhnya Al-Quran itu hidangan Allah, maka sesiapa yang
masuk padanya, maka dia mendapat keamanan, dan sesiapa yang
kasihkan Al-Quran, maka hendaklah ia bergembira (dengan berita
baik daripada Allah Ta'ala".

2) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70x340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara
biasa. Pembaca yang ikut hukum tajwid juga mendapat pahala syahid.

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam (s.a.w.) bersabda bemaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah Ta'ala, maka
baginya satu kebajikan, dan satu kebajikan itu digandakan dengan
sepuluh kali ganda.Aku tidak mengatakan Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi, Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf". (Riwayat Ibnu
Mas'ud.)

3) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.

"Sesiapa yang mendengar (bacaan) satu ayat dari kitab Allah
(Al-Quran), maka ayat itu menjadi nur (cahaya) baginya". Riwayat
Ibnu Abbas r.a.
4) Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) serta dapat memberi syafaat untuk masuk syurga kepada 10 orang ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
5)Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

6) Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
"Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini." (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

7) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.Dan rugilah kata Rasulullah orang yang tidak ada Al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat.

"Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada Al-Quran
di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hampir
runtuh" Hadis riwayat Tarmizi.


8)Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

9) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran. Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami kandungannya.

"Bacalah Al-Qur'an kerana Allah s.w.t tidak mengazabkan hati yang menyimpan Al-Qur'an. Dan sesungguhnya Al-Qur'an ini adalah jemputan Allah. Siapa yang mendatanginya maka ia akan merasa keamanan. Dan sesiapa yang cinta akan Al-Qur'an maka bergembiralah." (Hadith riwayat Ad-Darimy)

10) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredoan dari Allah Ta’ala.

11) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.

12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.

13) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

14) Pendamping Al-Quran akan menjadi orang yang cerdik lagi pintar.



15) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran. Dan orang yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para-para nabi ‘alaihimussalaam.




Jika inilah kelebihan mereka yang belajar al-Quran, maka Kenapa harus kita menyisihkan pelajar-pelajar tahfidz dengan mengatakan tidak ada masa depan untuk mereka dan seumpamanya? Tidakkah mereka ini dalam jaminan Allah s.w.t?? Renungkanlah....

No comments:

Post a Comment