Monday, September 6, 2010

Lailatul Qadr

Pejam celik,sudah sampai penghujung hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Tidak lama lagi kita akan memasuki sepuluh malam terakhir, yang mengandungi malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, sebagaimana termaktub dalam Surah Al-Qadar :

Surah Al Qadar

Ertinya:

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.

2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

HADIS MALAM LAILATUL QADAR

a) Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

(al-Bukhari)

Huraian
1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.

b) Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir.) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil.”

(Muslim)

Huraian
1. Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah.
2. Setiap ibadat yang dilakukan bertepatan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.

(sumber: e-Hadith)

AMALAN UTAMA MALAM LAILATUL QADAR

Sesungguhnya kita tidak akan tahu dengan jelas malam apakah sebenarnya malam Lailatul Qadar itu. Justeru itu hendaklah kita memperbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir terutama malam ganjil.

Amalan-amalan utama;

a) Beriktikaf di masjid

b) Solat fardu Maghrib, Isyak & Subuh di masjid atau surau secara berjemaah

c) Solat Tarawih & Witir

d) Membaca/tadarus Al-Quran

e) Berzikir & berselawat kepada Nabi SAW

f) Solat Tahajud, Taubat, Tasbih, Hajat

g) Banyak berdoa memohon ampun daripada Allah

Doa Memohon Keampunan

Doa Memohon Keampunan

h) Menghadiri majlis ilmu

i) Mengejutkan keluarga bangun beribadah dan menjauhi isteri (untuk beribadah)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata : “Dinampakkan dalam mimpi seorang lelaki bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun (Nabi) bermimpi seperti mimpimu, (dinampakkan pada sepuluh malam terakhir) maka carilah ia (Lailatul qadar) pada malam-malam yang ganjil”. (Riwayat Muslim)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turun padanya Malaikat Jibril dan malaikat-malaikat yang lain ke bumi dengan perintah Allah. Setiap ibadat yang dilakukan pada malam lailatul qadar dengan penuh ikhlas, insyaAllah amalannya akan diterima oleh Allah dan diampunkan semua dosanya yang telah lalu.

Allah SWT memperuntukkan satu malam di bulan Ramadan malam penuh syahdu dan berkat. Malam yang ditunggu-tunggu oleh para Anbiya’ dan para salihin yang tidak terdapat di bulan-bulan lain iaitu “Lailatul Qadar”. Pada malam inilah Allah menurunkan Al-Quran. Lailatul Qadar berlaku pada mana-mana sepuluh malam terakhir iaitu pada malam-malam ganjil.

Kita seharusnya menginginkan malam tersebut walau sekali seumur hidup tetapi malam itu tidak akan datang bergolek, hendaklah kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkannya. Beramal pada malam tersebut akan mendapat ganjaran seperti beramal 1000 bulan atau lebih 83 tahun. Doa kita dikabulkan Allah SWT. Pintalah apa-apa yang munasabah untuk dunia dan akhirat, untuk diri, anak isteri dan ibu bapa serta sekalian muslimin muslimat.

Ulama menyatakan amalan yang sebaik-baiknya kita lakukan di malam Lailatul Qadar (yakni menghidupkan malam tersebut) ialah :

  • Memohon ampun segala dosa yang terdahulu (Istigfar)
  • Mengerjakan solat-solat sunat dan solat Qada’
  • Membaca Al-Quran
  • Berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW
  • Memperbanyakkan membaca doa : [ Maksudnya: "Ya Allah! Engkau yang Maha Pemaaf (Pengampun), kasih kepada kemaafan maka maafkan aku (ampun)". ]
  • Pada malam tersebut hendaklah solat Isyak berjemaah dan Subuhnya juga berjemaah

No comments:

Post a Comment