Saturday, November 24, 2012

Sekadar berkongsi maklumat


Rejim Israel mengisytiharkan kecemasan di Tebing Barat kerana bimbangkan tercetusnya intifada ketiga

Written By Admin From On November 23rd, 2012 | 1 Comment
Jumaat, 23-11-2012 - Tentera rejim isytihar status berjaga-jaga di Tebing Barat dan sempadan Lubnan.
Akhbar Ibrani “YEdiot Ahronot” memetik sumber tentera Israel bahawa situasi di Tebing Barat semakin meruncing ditambah dengan penemuan roket-roket yang sedia untuk dilancarkan di selatan Lubnan dan menjadikannya alasan untuk mengumumkan tahap berjaga-jaga. Akbar itu turut menambah, konfrantasi yang semakin meningkat menandakan semakin ramai menyokong Gaza termasuk di kampung-kampung berdekatan penempatan. Ia mendakwa ada usaha untuk mengawal sebarang protes.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati
Post to Twitter

Dua jurukamera TV Al-Aqsa terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza

Written By Admin From On November 23rd, 2012 | 0 Comments
Jumaat, 23-11-2012 - Dua jurukamera TV Al-Aqsa telah terbunuh Selasa lalu, apabila tentera Israel terus menerus melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza yang dikepung di mana sebuah kapal terbang perang Apache Israel melepaskan roket pada kereta kepunyaan saluran TV Al-Aqsa itu.
Saksi mengesahkan bahawa pesawat Israel melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ke arah kereta awam
yang membawa lencana akhbar milik saluran TV al-Aqsa Palestin, yang memandu di kawasan Jalan al-Nasser barat Bandar Gaza.
Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa dua orang jurukamera TV Al-Aqsa itu terbunuh ketika serangan Israel,
Mahmoud al-Komi dan Houcem Salama.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nurul
Post to Twitter

Haniyeh bincang dengan Mishaal tentang perkembangan terbaru

Written By Admin From On November 22nd, 2012 | 0 Comments
Khamis, 22-11-2012 - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menelefon ketua Biro Politik Pergerakan Hamas, Khaled Mishaal di mana kedua-dua pemimpin membincangkan usaha terbaru untuk menghentikan pencerobohan di Gaza serta langkah melindungi rakyat Palestin.
Meshaal dalam satu sidang akhbar di Kaherah menekankan, pergerakan itu menolak semua syarat Israel untuk mengadakan gencatan senjata, sambil menekankan sesiapa yang memulakan perang ini perlu untuk menghentikannya.
Mishaal mengesahkan Hamas hanya akan bersetuju dengan gencatan senjata sekiranya tuntutan mereka dipenuhi. “Kami tidak akan menerima syarat Israel kerana mereka adalah penyerang,” katanya. “Kami mahu gencatan senjata bersama dengan memenuhi permintaan kami.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : hijjaz
Post to Twitter

No comments:

Post a Comment